NEWS HEADLINES
MAJLIS MAKAN MALAM RESEPSI DENGAN ANGGOTA KOMPENI BATALYON INFANTERI PARA RAIDER 431/SATRIA SETIA PERKASA – YONIF PARA RAIDER 431/SSP
PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin 27 Ogos 2018 - Majlis Makan Malam Resepi bersama Anggota Kompeni Batalyon Infanteri Para Raider 431/Satria Setia Perkasa – Yonif Para Raider 431/SSP telah diadakan semalam di Dewan Rumah Masak, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB).
MAJLIS IBADAH KORBAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 1439/2018
BERAKAS GARISON, Jumaat 24 Ogos 2018 - Kemeriahan Hari Raya Aidiladha terus disemarakkan lagi dengan pelbagai majlis ibadah korban yang diadakan oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dari 10 Zulhijjah hingga 12 Zulhijjah 1439.
MAJLIS PERPISAHAN SARJAN MEJAR ABDB BERSAMA WARGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Selasa 21 Ogos 2018– Majlis Lawatan Perpisahan Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia PW1 Ahmad Bin Haji Kadir telah berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison yang dikendalikan oleh Sarjan Mejar Tentera Darat Diraja Brunei.
LAWATAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE KAMPONG MELILAS DAN KAMPONG SUKANG
KG MELILAS DAN SUKANG, Isnin 20 Ogos 2018 –
Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei Yang Mulia Brigedier Jeneral
Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah
membuat lawatan ke Kampong Melilas dan Kampong Sukang.
KEJOHANAN RENTAS DESA PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 2018
TAMAN
AGRO TEKNOLOGI, Jumaat 17 Ogos 2018 – Kejohanan Rentas Desa
peringkat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telahpun dianjurkan oleh Batalion Bantu
TDDB di Taman Agro Teknologi, Kampong Tungku.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Rabu 15 Ogos 2018 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima lawatan sambil belajar daripada Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang terdiri daripada 209 orang penuntut dan 24 orang guru. Lawatan tersebut dijalankan selama 02 hari bertempat di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB Berakas Garison.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KADET
BERAKAS GARISON, Rabu 15 Ogos 2018 - Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Mulia 52548 Pegawai Kadet Awang Nabil Suhiridhwan bin Awang telah diperkenankan untuk dinaikan pangkat ke pangkat Kapten Tauliah Tetap bermula dari 05 Ogos 2018. Upacara tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison.
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DEPUTY COMMANDING GENERAL-NATIONAL GUARD, US ARMY PACIFIC (USARPAC)
BERAKAS GARISON, Selasa 14 Ogos 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), hari ini telah menerima Kunjungan Hormat daripada Yang Mulia Mejar Jeneral Timothy Mc Keithen, Deputy Commanding General-National Guard, US Army Pacific (USARPAC) di Markas Tentera Darat Diraja Brunei.
UPACARA PENUTUP EKSESAIS PAHLAWAN WARRIOR 2018
PENANJONG GARISON, Selasa 14 Ogos 2018 – Eksesais Pahlawan Warrior 2018 telah berakhir pada pagi ini dengan satu upacara penutupan rasmi di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Khairil bin Haji Ismail, Ketua Staf, Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir untuk menyaksikan upacara tersebut adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Timothy McKeithen, Deputy Commanding General – National Guard, US Army Pacific, pegawai-pegawai dan anggota daripada ABDB serta US Army National Guard.
UPACARA PEMBUKAAN EKSESAIS PAHLAWAN WARRIOR 2018
BERAKAS GARISON, Khamis 09 Ogos 2018 – Eksesais Pahlawan Warrior 2018 secara rasminya bermula dalam satu upacara pembukaan pada hari ini bertempat di Padang Kawad Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB). Eksesais ini merupakan eksesais yang julung kali diadakan diantara TDDB dan United States Army Pacific (USARPAC).
KUNJUNGAN PENGHARGAAN PANGLIMA TENTERA DARAT MALAYSIA KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Isnin 06 Ogos 2018 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima kunjungan dari Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), yang mengadakan kunjungan penghargaan ke Negara Brunei Darussalam bermula pada 05 Ogos 2018 hingga 06 Ogos 2018.
SUKAN MUHIBAH 2018 DI ANTARA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA DARAT MALAYSIA
JERUDONG, Sabtu, 04 Ogos 2018 – Tentera
Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghoskan Sukan Muhibah 2018 di
antara TDDB dan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berlangsung di
Empire Hotel & Country Club, Jerudong.
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SUKAN MUHIBAH 2018 DI ANTARA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA DARAT MALAYSIA
INDERA KAYANGAN BALLROOM, Sabtu, 04 Ogos 2018 - Majlis Makan Malam sempena Sukan Muhibah 2018 di antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berlangsung di Indera Kayangan Ballroom, Empire Hotel dan Country Club.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA KEJURUTERAAN DARAT, KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Juma’at 03 Ogos 2018 - Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Mulia 14030 SSjn Huzaimi bin Haji Awang Besar dari Bolkiah Woksyop Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah diperkenankan untuk dinaikan pangkat ke Leftenan Tauliah Khas. Upacara tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison pada pagi ini.
LAWATAN BAGI ANGGOTA KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE PUSAT AL ISLAH
TUTONG, Khamis, 02 Ogos 2018 – Seramai 20 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei yang terdiri daripada Pegawai dan anggota dari Khidmat Pergigian, Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah membuat lawatan ke Pusat Al Islah, Maraburong, Tutong. Lawatan tersebut adalah sebahagian dari projek tahunan KBK TDDB ke agensi kerajaan yang berkenaan bagi tujuan untuk memberikan kesedaran dan pendedahan.














