BERAKAS GARISON, Khamis 09 Ogos 2018
– Eksesais Pahlawan Warrior 2018 secara rasminya bermula dalam satu upacara pembukaan pada hari ini bertempat di Padang Kawad Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB). Eksesais ini merupakan eksesais yang julung kali diadakan diantara TDDB dan United States Army Pacific (USARPAC).
Upacara tersebut dirasmikan oleh Yang Mulia Mejar Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Turut hadir menyaksikan upacara tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Shawn Eaken, Pegawai Pemerintah 1st Batallion, 151 Infantry Regiment of United States Army National Guard.
Seramai 34 pegawai dan anggota dari United States Army National Guard terlibat semasa eksesais tersebut. Eksesais ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan jalinan persahabatan diantara kedua-dua Tentera Darat melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman semua peringkat. Eksesais ini akan berakhir pada 14 Ogos 2018.
