BERAKAS GARISON, Selasa 14 Ogos 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), hari ini telah menerima Kunjungan Hormat daripada Yang Mulia Mejar Jeneral Timothy Mc Keithen,
Deputy Commanding General-National Guard, US Army Pacific (USARPAC) di Markas Tentera Darat Diraja Brunei.

Lawatan daripada
Deputy Commanding General-National Guard, US Army Pacific (USARPAC) pada kali ini adalah bagi menyaksikan Eksesais Pahlawan Warrior 2018 di antara anggota TDDB dan anggota dari
1st Batallion, 151st Regiment, US Army National Guard yang mana telah berlangsung pada 09 Ogos 2018 hingga 14 Ogos 2018.

Semasa Kunjungan Hormat tersebut, Pemerintah TDDB berpuas hati dengan hubungan mesra dan erat di antara Angkatan Tentera kedua-dua negara. Kedua-dua belah pihak juga berkesempatan membincangkan tentang kerjasama yang telah lama terjalin khususnya didalam bidang pertahanan dan membincangkan mengenai isu-isu kepentingan serantau dan antarabangsa serta inisiatif masa depan untuk mengukuhkan lagi hubungan tentera-tentera antara dua Angkatan Tentera juga telah dibincangkan.