PENANJONG GARISON, Selasa 14 Ogos 2018 – Eksesais Pahlawan Warrior 2018 telah berakhir pada pagi ini dengan satu upacara penutupan rasmi di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison.  Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Khairil bin Haji Ismail, Ketua Staf, Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir untuk menyaksikan upacara tersebut adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Timothy McKeithen,
Deputy Commanding General – National Guard, US Army Pacific, pegawai-pegawai dan anggota daripada ABDB serta
US Army National Guard.

Upacara dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Khairul Faizin bin Abd Ghapar, Pegawai Memerintah C Kompeni 1Bn TDDB. Pertunjukan serangan kompeni seterusnya dilaksanakan di Kompleks FIBUA dengan bantuan pesawat helikopter, Kereta Perisai Skorpion dan Kenderaan Angkut Perisai. Upacara diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Timothy McKeithen,
Deputy Commanding General – National Guard, US Army Pacific dan diikuti dengan ucapan penutup oleh Yang Mulia Kolonel Khairil bin Haji Ismail, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei.

Upacara disempurnakan lagi dengan penyerahan bendera eksesais dari Yang Mulia Mejar Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB kepada Yang Mulia Leftenan Kolonel Shawn Eaken,
Commanding Officer of 1st Battalion, 151st Infantry Regiment, US Army National Guard. Acara berakhir dengan pertukaran cenderahati kedua belah pihak.

Eksesais ini memberikan peluang untuk mengeratkan hubungan dan meningkatkan kemahiran tahap keupayaan anggota tentera kedua-dua negara dalam operasi bandar dan hutan.