BERAKAS GARISON, Selasa 21 Ogos 2018
– Majlis Lawatan Perpisahan Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia PW1 Ahmad Bin Haji Kadir telah berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison yang dikendalikan oleh Sarjan Mejar Tentera Darat Diraja Brunei.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Jamaat ABDB dan seterusnya dengan ucapan penghargaan daripada Sarjan Mejar Tentera Darat Diraja Brunei, Yang Mulia PW1 Awang Rashid bin Abd Rahman.

Seterusnya ucapan daripada Sarjan Mejar ABDB yang mana beliau menasihatkan agar bersatu padu dalam nilai teras, bekerjasama dan sentiasa melihat kehadapan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga Tentera Darat kerana menunjukkan dedikasi dan pengorbanan yang amat tinggi demi organisasi dan juga negara.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan lawatan diakhiri dengan bacaan doa.