TAMAN AGRO TEKNOLOGI, Jumaat 17 Ogos 2018 – Kejohanan Rentas Desa peringkat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telahpun dianjurkan oleh Batalion Bantu TDDB di Taman Agro Teknologi, Kampong Tungku.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada kejohanan tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota lain- lain peringkat TDDB.
Kejohanan Rentas Desa tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Berkumpulan. Kategori Berkumpulan yang berlari sejauh 11 km, Kategori Terbuka 5km bagi Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB- PTB Rendah.
Bagi Kategori Berkumpulan, Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB) berjaya muncul sebagai Johan Rentas Desa Peringkat Tentera Darat Diraja Brunei bagi tahun 2018. Naib Johan pula disandang oleh Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB) manakala Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB) meraih tempat ketiga di kejohanan tersebut.
Johan bagi Kategori Terbuka 5km bagi pegawai-pegawai ialah Yang Mulia Kapt Pengiran Mas Sanusi bin Pg Hj Masuni. Naib johan disandang oleh Yang Mulia Lt Abdul Hakim bin Haji Shahrun dan Yang Mulia Lt Md Hidayatil Baqi bin Hj Abd Latip meraih tempat ketiga.
Bagi Kategori Terbuka 5km bagi PTB-PTB Kanan pula dijuarai oleh Yang Mulia PW2 Pg Shaiful
Rizam bin Pg Haji Daud, diikuti oleh Yang Mulia Sjn Mohd Azmi bin Haji Hidup sebagai naib johan dan tempat ketiga Yang Mulia SSjn Mohammad Sofian bin Haji Ali. Manakala Kategori Terbuka 5km bagi PTB-PTB Rendah dimenangi oleh Yang Mulia Sld Hafiz Norhadi bin Lamat, naib johan dimenangi oleh Yang Mulia Sld Abd Wafi bin Kassim dan Yang Mulia Sld Hamizan bin Anuar di tempat ketiga.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada pemenang-pemenang. Adapun tujuan kejohanan ini diadakan untuk mencari bakat baru serta memilih anggota bagi mewakili TDDB di Kejohanan Rentas Desa peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) nanti.

