Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
LEADERSHIP TALK BY THE COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Monday, 14 June 2021 - A Leadership Talk session by Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) took place at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. Present at the talk were Junior Non-Commissioned Officers (JNCO) from RBLF Headquarters, Headquarters Company RBLF and First Battalion RBLF.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the Leadership Talk by Commander of RBLF. During the session, the Commander of RBLF shared the different values which should be practiced by each individual that can help improve their leadership skills. He also emphasised that RBLF'S credibility stands not only to be the defender of the nation but also as a Role Model to the surrounding community. The commander also highlighted on the core values and shared some leadership characteristics that can be applied through the individual, groups and tasks. 

The event preceded with a Question-and-Answer session and concluded with the recitation of the Closing Doa.


SESI PERKONGSIAN LEADERSHIP TALK BERSAMA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Isnin, 14 Jun 2021 - Satu sesi Leadership Talk yang disampaikan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Hadir semasa sesi perkongsian tersebut ialah Pegawai Tidak Bertauliah Rendah dari Markas TDDB, Kompeni Markas TDDB dan Khidmat Pergigian TDDB.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penyampaian Leadership Talk oleh Pemerintah TDDB. Semasa sesi perkongsian tersebut, Pemerintah TDDB telah mengongsikan beberapa perkara yang perlu diterapkan dalam diri setiap anggota yang mana penting dalam meningkatkan mutu kepimpinan. Selain itu, beliau juga mengongsikan tahap kredibiliti TDDB bukan sahaja berperanan untuk mempertahankan negara tetapi juga adalah sebagai 'Role Model' kepada masyarakat sekeliling. Antara yang terakhir disampaikan oleh Yang Mulia Pemerintah adalah mengenai terapan nilai-nilai teras ABDB dalam setiap anggota dan juga berkesempatan menerangkan beberapa ciri-ciri kepimpinan seperti individu, kumpulan dan tugas.

Acara kemudian diteruskan dengan sesi soal jawab sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.