Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD HARI RAYA AIDILFITRI PRAYERS 1445 HIJRAH

BERAKAS GARISSON, Thursday, 11th April 2024 – Muslims throughout the country celebrated Hari Raya 'Aidilfitri today with mass Sunnat Hari Raya prayers held in mosques and suraus nationwide, including all suraus in the Royal Brunei Land Force (RBLF) camps.

Present at the ceremony held at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison was Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of RBLF. Also present were senior officers, officers and RBLF personnel. Similar ceremonies were also held at all RBLF camps, including Pulau Baru-Baru Mosque and Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison attended by Field Headquarters RBLF, School of Infantry RBLF, The Armoured Reconnaissance Squadron RBLF and The Combat Engineer Regiment RBLF.

The ceremony commenced with Hari Raya Takbir followed by Sunnat Hari Raya Prayers led by Private Abd Manan bin Othman from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. The event proceeded with a sermon delivered by Imam Haji Md Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Faizun before concluded with a recitation of Tasbih Kafarah.

The prayers were held as an expression of gratitude to Allah SWT for bestowing upon the opportunity to once again partake in the abundant blessings of the sacred month of Ramadan. This month is esteemed for its abundant blessings, forgiveness, empathy, patience, and gratitude, while also serving as a time for seeking forgiveness from both family and friends.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENUNAIKAN SEMBAHYANG SUNNAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Khamis, 11 April 2024 – Umat Islam di Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri dengan menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah secara berjemaah bertempat di semua masjid dan surau di seluruh negara termasuk di surau-surau Perkhemahan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Hadir bagi majlis yang telah diadakan di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison ialah Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, dan anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dihadiri oleh Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai dan anggota di setiap perkhemahan TDDB termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru dan Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison yang dihadiri oleh Markas Medan TDDB, Sekolah Infantri TDDB, Rejimen Jurutera Tempur TDDB dan Skuadron Kereta Perisai Peninjau TDDB.

Majlis dimulakan dengan laungan Takbir Hari Raya diikuti dengan Sembahyang Sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Soldadu Abd Manan bin Othman daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis kemudian diteruskan dengan khutbah yang disampaikan oleh Imam Haji Md Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Faizun sebelum diakhiri dengan bacaan Tasbih Kafarah. 

Sembahyang Sunat Hari Raya ini diadakan sebagai ungkapan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan di samping ianya juga merupakan masa yang baik untuk saling bermaafan sesama ahli keluarga dan rakan taulan.