Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

DENTAL SERVICES ROYAL BRUNEI LAND FORCE ATTENDS THE 13TH INTERNATIONAL DENTAL EXHIBITION AND MEETING (IDEM)

SINGAPORE, 19 ARPIL 2024 – Dental Services Royal Brunei Land Force (RBLF) attended the 13th International Dental Exhibition and Meeting (IDEM), the leading dental exhibition and conference in the Asia-Pacific region organised by the Singapore Dental Association. The exhibition and conference were held for three days from 19th to 21st April 2024 at the Sands Expo Convention Centre, Marina Bay Sands, Singapore.

Representing Dental Services RBLF were Colonel Dr Jefri bin Hj Abd Razak, Chief Dental Services RBLF, Captain Dr Syazirah Binti Kuan, Dental Officer RBLF and Captain Nuraimi Haziqah Binti Ismail, Dental Nursing Officer RBLF.

The conference offered scientific programme featuring esteemed speakers from 18 countries, comprehensive conference sessions, workshops and booths showcasing the latest innovations and trends shaping the future of dentistry. This conference has also strengthened continuing bilateral relations between Dental Services RBLF and Singapore Dental Association as well as the Dental Services of the Singapore Armed Forces, discussing future collaboration and training opportunities.
KHIDMAT PERGIGIAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI (TDDB) HADIRI INTERNATIONAL DENTAL EXHIBITION AND MEETING (IDEM) KE-13

SINGAPURA, 19 APRIL 2024 – Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri International Dental Exhibition and Meeting (IDEM) yang ke-13, pameran dan persidangan pergigian terkemuka di rantau Asia-Pasifik yang dianjurkan oleh Persatuan Pergigian Singapura. Persidangan ini diadakan selama tiga hari bermula dari 19 hingga 21 April 2024 di Pusat Konvensyen Ekspo Sands, Marina Bay Sands, Singapura.

Mewakili Khidmat Pergigian TDDB ialah Kolonel Dr Jefri bin Hj Abd Razak, Ketua Khidmat Pergigian TDDB, Kapten Dr Syazirah Binti Kuan, Pegawai Pergigian TDDB dan Kapten Nuraimi Haziqah Binti Ismail, Pegawai Jururawat Pergigian TDDB.

Pameran ini telah memberikan peluang para perwakilan untuk menyertai persidangan saintifik yang menampilkan pembentang dari 18 negara serta sesi persidangan komprehensif, bengkel dan booth pameran yang mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang akan membentuk masa depan bidang pergigian. Persidangan ini juga telah memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang berterusan antara Khidmat Pergigian TDDB dan Persatuan Pergigian Singapura serta Perkhidmatan Pergigian Angkatan Bersenjata Republik Singapura dengan perbincangan tentang peluang latihan dan kerjasama pada masa akan datang.