Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

COMMANDER LAND FORCE AND SENIOR OFFICERS VISITED PERSONNEL ON OPERATIONAL DUTIES ON EID AL-FITR

BRUNEI MUARA, Thursday, 11th April 2024 – Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) and Senior Officers have visited RBLF personnel on operational duties on Eid Al-Fitr at several operational areas. During these visits, the RBLF Commander and Senior Officers had the opportunity to interact with personnel on duty who were away from their families on Eid Al-Fitr day.

This visit undoubtedly provided moral support to the personnel who are steadfast in their commitment in carrying out their duties in safeguarding the nation away from their loved ones and further foster strong camaraderie amongst the RBLF personnel at all level.

PEMERINTAH TENTERA DARAT DAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN MELAWAT ANGGOTA BERTUGAS DI AIDILFITRI

BRUNEI MUARA, Khamis, 11 April 2024 – Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shahnonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Pegawai-Pegawai Kanan TDDB telah mengadakan beberapa lawatan kepada anggota-anggota yang sedang melaksanakan penugasan di Aidilfitri di beberapa kawasan operasi. Semasa lawatan tersebut Pemerintah TDDB dan Pegawai-Pegawai Kanan telah berpeluang untuk beramah mesra dengan anggota-anggota yang bertugas dan tidak berkesempatan bersama keluarga di awal lebaran ini.

Dengan adanya lawatan ini sententunya akan memberikan sokongan moral kepada anggota-anggota yang siap-sedia dan komited dalam melaksanakan tugas mereka demi menjaga keamanan negara, walaupun jauh dari keluarga tercinta selain dari memperkukuhkan lagi hubungan ukhwah di semua peringkat anggota TDDB.