Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

LATMA KERIS SATRIA EXERCISE 15/2024 OPENING CEREMONY

TUTONG CAMP, Tuesday, 23rd April 2024 – The Opening Ceremony of the LATMA KERIS SATRIA Exercise Series 15/2024 was held at the Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF), Tutong Camp. The bilateral exercise between 2Bn RBLF and Infantry Battalion Raider 515/Ugra Tapa Yudha Indonesian National Army - Army (Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD) is currently ongoing for nine days starting from 22nd to 30th April 2024.

The Ceremony was officiated by Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Officer Commanding 2Bn RBLF, together with Lieutenant Colonel Infantry Arif Setyo Utomo, Commander of Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD.
Officers and personnel from RBLF units were also in attendance to witness the ceremony. Meanwhile, participating in the parade were officers and personnel from the 2Bn RBLF, along with members of Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD, who are also actively involved in the exercise.

The event began with an inspection of the parade, followed by the official handover of the unit flag from Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD to the Commanding Officer of 2Bn RBLF. Speeches were then given by both Commanding Officers, concluding the ceremony with a Closing Doa and a group photo session.

In the speech delivered by the Commanding Officer of 2Bn RBLF, he extended a warm welcome to the members of Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD who are participating, expressing his hope that this collaborative training endeavor would successfully meet tactical, operational, and strategic objectives. Furthermore, he underscores the significance of upholding importance of maintaining security and safety aspects throughout the training.

The current exercise marks the 15th iteration and serves as an opportunity to exchange experiences and expertise in Tactics, Techniques, and Procedures (TTP), while enhancing camaraderie between the two nations. Such exercises are anticipated to bolster positive relations between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia, not only tactically but also operationally and strategically.

UPACARA PERASMIAN PEMBUKAAN EKSESAIS LATMA KERIS SATRIA SIRI 15/2024

PERKHEMAHAN TUTONG, Selasa, 23 April 2024 – Upacara Perasmian Pembukaan Eksesais LATMA KERIS SATRIA Siri 15/2024 telah berlangsung di Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB), Perkhemahan Tutong. Eksesais dua hala di antara 2Bn TDDB dengan Batalyon Infanteri Raider 515/Ugra Tapa Yudha Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Darat (Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD) telah berlangsung selama sembilan hari bermula 22 hingga 30 April 2024.

Upacara tersebut telah dirasmikan oleh Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB bersama Leftenan Kolonel Infanteri Arif Setyo Utomo , Komandan Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD. Turut hadir bagi menyaksikan upacara tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota daripada unit-unit TDDB. Manakala menyertai perbarisan ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota 2Bn TDDB dan Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD yang terlibat dalam eksesais tersebut.

Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan diteruskan dengan perasmian penyerahan bendera unit Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD kepada Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB sebelum diteruskan lagi dengan ucapan daripada kedua-dua Pegawai Pemerintah. Upacara kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.

Semasa ucapan Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, beliau mengalu-alukan kedatangan anggota-anggota Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD yang terlibat dan berharap agar latihan bersama ini akan dapat mencapai objektif taktikal, operasional dan strategik. Beliau juga menekankan akan kepentingan menjaga aspek sekuriti dan keselamatan sepanjang eksesais tersebut diadakan.

Eksesais ini merupakan siri ke 15 sejak ia mula dijalankan dan merupakan platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam Taktik, Teknik, dan Prosedur (TTP) di samping berinteraksi dan memupuk sifat setiakawan antara kedua-dua negara. Latihan seperti ini juga diharap dapat menyumbang kepada hubungan baik bukan saja di peringkat taktikal, tetapi operasional dan strategik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat Indonesia.