Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SUPPORT BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE ORGANISED RELIGIOUS ACTIVITIES FOR MINISTER OF DEFENCE II AT KG BATU APOI MOSQUE AND KG SELAPON DA’WAH POST


TEMBURONG, Tuesday, 11 May 2021 – Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) in collaboration with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Department (JAMA'AT) has organised the Ihya Ramadhan and outreach Programme to Kampong Batu Apoi Mosque before proceeding to Kampong Selapon Da'wah Post.  A total of 14 orphans and 30 asnaf fakir miskin were invited in this event. This religious programme was the continuous effort co-organised by RBLF and JAMA'AT this Ramadan.

Heading the entourage was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II together with Permanent Secretary of MINDEF, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF), Deputy Permanent Secretaries, Penghulu of Mukim Batu Apoi, village heads, Senior Officers, Officers and personnel from MINDEF, RBAF and Support Battalion of the RBLF (Sp Bn RBLF) as well as the families of the celebrated orphans and asnaf fakir miskin.

The event commenced with a mass Fardhu Asar prayer along with the local residents at Masjid Kampung Batu Apoi followed by the recitation of Surah Yasin and Tahlil for the deceased parents of the orphans. The function continued with donations presented to the recipients by the Yang Berhormat Minister of Defence II along with the other Senior Officers.

The entourage then proceeded to Kampong Selapon Da'wah Post. The event began with a recitation of Surah Yasin and Tahlil, handing over of donations, mass Iftar followed by mass Fardhu Maghrib and Isya'Prayers. The event continued with Tarawih and Witir prayers and concluded with a Tadarus Al-Quran.

These events were jointly organised by Sp Bn RBLF and JAMA'AT as one of the many functions under the programme aimed to alleviate the burden of orphans and asnaf fakir miskin in celebrating Ramadhan and the upcoming Hari Raya Aidilfitri. Furthermore, the event aims to enliven the mosque during the holy month of Ramadhan.




BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ANJURKAN AKTIVITI KEAGAMAAN BAGI MENTERI PERTAHANAN KEDUA DI MASJID KG BATU APOI DAN POS DA'WAH KG SELAPON 

TEMBURONG, Selasa, 11 Mei 2021 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) dengan kerjasama Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) telah menganjurkan Program Ihya Ramadan dan Program Jangkauan di Masjid Kampong Batu Apoi dan  Pos Da'wah Kampong Selapon. Seramai 14 orang anak-anak yatim dan 30 asnaf fakir miskin telah hadir bagi menyerikan majlis tersebut. Program keagamaan ini merupakan usaha berterusan yang dikelolakan bersama oleh TDDB dan JAMA'AT pada bulan Ramadan ini.

Mengepalai rombongan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua berserta Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah TDDB, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Penghulu Mukim Batu Apoi, Ketua-ketua Kampung serta Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan, anggota ABDB dan anggota Bn Bantu TDDB serta keluarga anak-anak yatim dan asnaf fakir miskin yang diraikan.

Acara dimulakan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah di Masjid Kampung Batu Apoi bersama penduduk kampung diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil untuk ibu bapa anak-anak yatim yang telah kembali ke Rahmatullah. Acara diteruskan dengan sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan asnaf fakir miskin yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua bersama-sama dengan Pegawai-pegawai Kanan yang lain

Acara kemudian bergerak ke Pos Da'wah Kampong Selapon dan dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil diikuti dengan penyerahan sumbangan derma dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf fakir miskin serta masyarakat di Kampung Selapon. Acara diteruskan dengan sembahyang Fardu Marghrib dan Isyak berjemaah diikuti dengan sembahyang Sunat Tarawih dan Witir berjemaah. Acara di akhiri dengan Tadarus Al-Quran.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Bn Bantu TDDB dan JAMA'AT tersebut adalah sebahagian daripada acara-acara keugamaan di bawah program tersebut yang bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim dan asnaf fakir miskin semasa bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Pada masa yang sama majlis ini diadakan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan Al-Mubarak dengan membuat ibadah amal jariah.