Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTED TAHLIL AND DOA ARWAH AT BUKIT BENDERA MUSLIM CEMETERY.


TUTONG, Friday, 07 May 2021 – In conjunction with the holy month of Ramadhan, Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) organized a visit and recitation of Tahlil and Doa Arwah for the late Pehin Datu Indera Setia Major General (Rtd.) Dato Paduka Seri Haji Awang Sulaiman Bin Haji Awang Damit and for the late Major Haji Zaili bin Haji Zulkifli at Bukit Bendera Muslim Cemetery, Pekan Tutong.

Present at the event was Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and family of the deceased. The visit commenced with the recitation of Tahlil and Doa Arwah led by Major Haji Nafisal bin @ Dedy bin Haji Salim, Acting Commanding Officer of 2Bn RBLF. The event then concluded with the pouring of air asah-asahan over the grave of the deceased. 

The campaign is part of charitable activities conducted by RBLF during the holy month of Ramadhan. It also serves to enhance the spiritual development and cooperation amongst 1Bn RBLF personnel as well as to encourage the desire to serve and contribute to society.

 


BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN TAHLIL DAN DOA ARWAH DI TANAH PERKUBURAN BUKIT BENDERA

TUTONG, Friday, 07 Mei 2021- Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menziarahi dan mengadakan Tahlil serta Doa Arwah bagi Allahyarham Pehin Datu Indera Setia Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Sulaiman Bin Haji Awang Damit dan Allahyarham Mejar Haji Zaili bin Haji Zulkifli di Tanah Perkuburan Bukit Bendera, Pekan Tutong.

Hadir di majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota 2Bn TDDB serta ahli keluarga anngota yang telah Kembali ke Rahmatullah. 

Acara dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai yang dikepalai oleh Mejar Haji Nafisal bin @ Dedy bin Haji Salim, Pemangku Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Acara di akhiri dengan menyiram air asah-asahan.

Kempen ini merupakan sebahagian daripada aktiviti amal dan berkebajikan yang dikendalikan oleh TDDB sempena memperingati bulan suci Ramadan. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.