Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SIGNAL SQUADRON HELD CLEANING CAMPAIGN ACTIVITY

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 16th September 2025 – In conjunction with its 43rd Anniversary, the Signal Squadron, Combat Service Support, Royal Brunei Land Forces (RBLF), held a cleaning campaign activity including the recitation of Surah Yaasin, Tahlil and Doa Arwah at the Rangas Besar Muslim Cemetery, Bandar Seri Begawan.

The activity involved a total of 30 personnel led by Major Mohammad Asri bin Mohammad Hasbi, Signal Squadron Officer Commanding. Also present were Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, Member of the Legislative Council and Acting Penghulu of Mukim Kianggeh, along with other members of the Consultative Council of Mukim Kianggeh. This campaign is aimed at encouraging the desire to serve and contribute to the community as part of the RBLF effort towards community outreach, while strengthening the spiritual development and teamwork among Signal Squadron personnel.

SKUADRON SEMBOYAN MENGADAKAN AKTIVITI KEMPEN KEBERSIHAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 September 2025 – Sempena Hari Ulang Tahun ke-43, Skuadron Semboyan, Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan aktiviti kempen kebersihan termasuk bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah di Tanah Perkuburan Islam Rangas Besar, Bandar Seri Begawan.

​Aktiviti tersebut melibatkan seramai 30 anggota yang diketuai oleh Mejar Mohammad Asri bin Mohammad Hasbi, Pegawai Memerintah Skuadron Semboyan. Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh, serta Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Kianggeh. Kempen ini adalah bertujuan untuk menggalakkan keinginan untuk berkhidmat dan menyumbang kepada masyarakat sebagai sebahagian daripada usaha program jangkauan komuniti TDDB, disamping mengukuhkan lagi pembangunan kerohanian dan kerjasama di kalangan warga Skuadron Semboyan.