LONDON, UNITED KINGDOM, Friday, 12th September 2025 - Lieutenant Colonel Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, the Field Commander of Royal Brunei Land Forces (RBLF) and delegation, attended the Defence and Security Equipment International (DSEI) UK 2025, which took place from 09th September 2025 to 12th September 2025 at ExCeL London, United Kingdom.
This year's theme, "Preparing the Future Force", underscores the urgent need to modernise defence capabilities while addressing emerging global security challenges through innovation, agility, and collaboration. The RBLF delegation visited exhibition booths of leading UK defence industry groups as well as displays from major global defence and security enterprises, which featured prominent equipment, products, innovative technology, and service solutions to meet the capabilities and requirements of armies. Organised biennially by the UK Department for Business and Trade, DSEI is regarded as one of the world's leading international defence exhibitions. This year's event brought together about 1,600 enterprises from 50 countries and territories, attracting thousands of visitors daily, including senior defence officials, military delegations, business representatives, and the public.








PEMERINTAH MEDAN TDDB HADIRI DSEI UK 2025
LONDON, UNITED KINGDOM, Jumaat, 12 September 2025 - Leftenan Kolonel Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan delegasi telah menghadiri Defence and Security Equipment International (DSEI) UK 2025 yang berlangsung dari 09 September 2025 hingga 12 September 2025 bertempat di ExCel London, United Kingdom.
Tema pada tahun ini iaitu "Mempersiapkan Tentera Masa Depan", menekankan mengenai keperluan untuk memodenkan keupayaan pertahanan disamping menangani cabaran keselamatan global melalui inovasi, ketangkasan dan kerjasama. Pemerintah Medan TDDB dan delegasi juga berpeluang melawat pelbagai pameran yang menampilkan peralatan, produk, teknologi inovatif, dan khidmat solusi yang terkemuka untuk memenuhi keupayaan dan keperluan tentera. DSEI merupakan salah satu pameran pertahanan antarabangsa terkemuka di dunia dan dianjurkan setiap dua tahun sekali oleh Jabatan Perniagaan dan Perdagangan UK. Acara pada tahun ini telah menghimpunkan kira-kira 1,600 perusahaan dari 50 negara dan wilayah, serta menarik ribuan pelawat setiap hari termasuk pegawai-pegawai kanan pertahanan, delegasi tentera, wakil perniagaan dan orang awam.