BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 06th September 2025 – A total of 113 officers and personnel from the Royal Brunei Land Forces (RBLF) joined His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, for the mass gathering and procession to commemorate the Birthday Anniversary of the Prophet Muhammad (PBUH) with the main event held at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Meanwhile, a total of 1,111 RBLF officers and personnel participated in mass gatherings held in the other three districts, further underscoring the nationwide commemoration. The celebration commenced with the recitation of Dikir Marhaban, Sayyidul Istighfar, and Selawat, followed by a parade procession throughout the capital. This year's theme, “Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah", emphasises Prophet Muhammad (PBUH) as an exemplary model in promoting harmony, compassion, and mercy within families.







TDDB SERTAI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 06 September 2025 – Seramai 113 pegawai dan anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dalam perhimpunan dan perarakan bersempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassallam dengan tumpuan utama diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Sementara itu, seramai 1,111 pegawai dan anggota TDDB turut serta dalam perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul yang diadakan di ketiga-tiga daerah yang lain, sekali gus memeriahkan lagi sambutan peringkat negara. Majlis dimulakan dengan Dikir Marhaban, Sayyidul Istighfar dan Selawat, diikuti dengan perarakan mengelilingi ibu negara. Sambutan tahun ini membawa tema “Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah", yang menekankan peranan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai contoh teladan dalam membentuk keluarga yang harmoni, berkasih sayang dan penuh rahmah.