MIRI, SARAWAK, Thursday, 11th September 2025 – The opening ceremony for Exercise MALBRU SETIA 17/2025 and Exercise MERTAK BERSATU 15/2025 was held at the Parade Square, Kem Sri Miri, Sarawak, today. The ceremony was co-officiated by Major General Dato Khairul Anwar bin Abd Aziz, Commander of the First Infantry Division Malaysian Army, and Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF). A total of 169 officers and personnel from the First Battalion RBLF are participating in both exercises, scheduled from 8th to 18th September 2025.
The ceremony commenced with the presentation of armbands to key representatives of the exercises, followed by an opening speech by both the Commander of the First Infantry Division and the Deputy Commander of RBLF. The Commander of First Malaysian Infantry Division in his speech highlighted that the exercise aligns with the aspirations of both land forces to enhance readiness, strengthen logistics integration, and ensure mobility and operational resilience, while stressing that mission success depends on combined strength and close cooperation. Meanwhile, the Deputy Commander of RBLF expressed his appreciation to the Malaysian Army for hosting this year's exercise, emphasising that such engagements are a vital platform to further enhanced the operational preparedness of both land forces, particularly in addressing today's contemporary and emerging security challenges.
Both exercises will run simultaneously for six days across several training areas, including Air Target Range, Kota Belud, Sabah, and Hutan Bukit Lambir, Miri, Sarawak, which aims to improve operational capabilities, while maintaining the bonds of friendship and defence cooperation between Brunei Darussalam and Malaysia.






UPACARA PEMBUKAAN EKSESAIS MALBRU SETIA 17/2025 DAN EKSESAIS MERTAK BERSATU 15/2025
MIRI, SARAWAK, Khamis, 11 September 2025 – Upacara Pembukaan Eksesais MALBRU SETIA 17/2025 dan Eksesais MERTAK BERSATU 15/2025 telah berlangsung di Padang Kawad, Kem Sri Miri, Sarawak, pada hari ini. Upacara tersebut telah dirasmikan bersama oleh Mejar Jeneral Dato Khairul Anwar bin Abd Aziz, Panglima 1 Divisyen Infantri, Tentera Darat Malaysia, dan Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Seramai 169 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama TDDB terlibat dalam kedua-dua eksesais tersebut yang dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 18 September 2025.
Majlis dimulakan dengan penyampaian toha kepada perwakilan eksesais, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Panglima 1 Divisyen Infantri and Timbalan Pemerintah TDDB. Panglima 1 Divisyen dalam ucapannya menegaskan bahawa eksesais ini adalah sejajar dengan hasrat kedua-dua angkatan darat dalam meningkatkan kesiapsiagaan, memperkukuh integrasi logistik serta memastikan keupayaan mobiliti dan ketahanan operasi, di samping menekankan bahawa kejayaan misi hanya dapat dicapai melalui gabungan kekuatan dan kerjasama yang erat. Manakala, Timbalan Pemerintah TDDB dalam ucapannya menyampaikan penghargaan kepada Tentera Darat Malaysia selaku tuan rumah, di samping menekankan bahawa eksesais seumpama ini merupakan landasan penting dalam meningkatkan kesiapsiagaan kedua-dua angkatan darat, terutama sekali dalam menangani cabaran keselamatan kontemporari dan ancaman sekuriti pada masa kini.
Kedua-dua eksesais ini akan dilaksanakan secara serentak selama enam hari di beberapa kawasan latihan termasuk Lapang Sasar Udara, Kota Belud, Sabah dan Hutan Bukit Lambir, Miri, Sarawak, yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan operasi di samping mengeratkan lagi ikatan persahabatan dan kerjasama pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.