Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

LETTERS OF CREDENCE PRESENTATION TO RBLF OFFICERS

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 26th March 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a presentation of Letters of Credence to the RBLF Commissioned Officers from year 2021 to 2023. Presenting the Letters of Credence was Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander of RBLF, held at the Officer's Mess, Berakas Garrison.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Captain Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate followed by the Letters of Credence presentation to a total of 101 officers, and concluded with the recitation of Doa Intipati Tanggungjawab dan Amanah. These Letters of Credence is an official acknowledgment of appointment and carries significant trust as well as responsibility for the recipient in carrying out their assigned duties as a member of the RBAF.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL WATIKAH PELANTIKAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI TDDB

BERAKAS GARISON, Rabu, 26 Mac 2025 –Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan acara Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan kepada Pegawai-pegawai TDDB yang ditauliahkan dari tahun 2021 hingga 2023. Hadir bagi acara penyampaian tersebut ialah Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB yang berlangsung di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Kapten Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) diikuti dengan penyampaian Sijil Watikah Pelantikan kepada seramai 101 pegawai-pegawai, dan diakhiri dengan bacaan Doa Intipati Tanggungjawab dan Amanah. Sijil Watikah Pelantikan ini merupakan dokumen rasmi yang mengesahkan pelantikan anggota dan menyampaikan amanah serta tanggungjawab yang besar kepada penerima dalam menggalas tugas yang diberikan sebagai anggota ABDB.