BERAKAS GARRISON, Sunday, 23rd March 2025 – The Royal Brunei Land Forces Wives' Welfare Body (RBLF BAKTI) held the Khatam Al-Quran event, marking the end of Tadarus at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. The event was attended by Erma Kasniza binti Abdul Kadir, the RBLF BAKTI Deputy Chairman 1 along with the other members.
The event began with the recital of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah followed by the recitation of Al-Quran from the Khatam Al-Quran participants, Takhtim, Doa Khatam as well as Dikir Marhaban prior concluding with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. The Tadarus and Khatam Al-Quran was part of the BAKTI's annual religious activities to further enliven the holy month of Ramadhan, and enhance their spiritual development as well as to strengthen the bonds amongst RBLF BAKTI members.





BAKTI TDDB MENGADAKAN ACARA KHATAM AL-QURAN
BERAKAS GARISON, Ahad, 23 Mac 2025 – Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Darat Diraja Brunei (BAKTI TDDB) telah mengadakan acara Khatam Al-Quran, menandakan berakhirnya Tadarus Al-Quran, yang berlangsung di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Acara tersebut telah dihadiri oleh Erma Kasniza binti Abdul Kadir, Timbalan Pengerusi Tetap 1 BAKTI TDDB, bersama ahli-ahli yang lain.
Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Al-Quran daripada peserta-peserta Khatam Al-Quran, dan bacaan Takhtim, Doa Khatam serta Dikir Marhaban, sebelum diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Tadarus dan Khatam Al-Quran merupakan sebahagian daripada aktiviti keagamaan tahunan BAKTI bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan, dan meningkatkan pembangunan rohani serta mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli-ahli BAKTI TDDB.