BERAKAS GARRISON, Tuesday, 25th March 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held donations and iftar event on a separate occasion for RBLF children with special needs from various RBLF units in conjunction with the holy month of Ramadhan. Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, RBLF Acting Commander has attended the event at the Officers' Mess Berakas Garrison.
The event commenced with the recitation of Tahlil and Doa Arwah followed by the presentation of donations, iftar session and concluded with a closing Doa. A total of 132 children with special needs received donations from the RBLF Welfare Fund. The event is part of the communal activities conducted annually, which aimed to create a supportive and caring environment, which reflects the RBLF's commitment in providing aid to children with special needs towards contributing to the overall welfare of RBLF personnel.






SUMBANGAN DERMA DAN BERBUKA PUASA BAGI ANAK-ANAK KELAINAN UPAYA
BERAKAS GARISON, Selasa, 25 Mac 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan acara penyerahan sumbangan derma dan iftar secara berasingan bagi anak-anak anggota TDDB yang berkelainan upaya dari pelbagai unit TDDB sempena bulan Ramadhan. Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB telah menghadiri acara tersebut di Mes Pegawai Berakas Garison
Acara dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah diikuti dengan penyampaian sumbangan derma dan sesi berbuka puasa, dan diakhiri dengan Doa penutup. Seramai 132 kanak-kanak kelainan upaya telah menerima sumbangan derma daripada Tabung Kebajikan TDDB. Acara ini adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan yang diadakan setiap tahun yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong serta pemedulian, yang mana mencerminkan komitmen TDDB dalam menyediakan bantuan kepada kanak-kanak kelainan upaya ke arah menyumbang kepada kebajikan warga TDDB.