Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RECITATION OF SURAH YASSIN AND TAHLIL CEREMONY HELD AT THE ROYAL MAUSOLEUM


BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 24th March 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a recitation of Surah Yassin and Tahlil ceremony at the Royal Mausoleum specifically for the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji 'Abdul 'Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

In attendance to lead the delegation was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander of the RBLF and were also joined by the RBLF Senior Officers, Officers and personnel. The recitation of Surah Yassin and Tahlil was led by Lieutenant Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate, followed by Doa Peliharakan Sultan and Brunei Darussalam.

This annual religious event is part of the Ihya' Ramadhan Programme in conjunction with the holy month of Ramadhan to seek blessings and further enliven the month of Ramadhan.

  


MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 Mac 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja khusus bagi paduka-paduka ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Hadir bagi mengetuai rombongan ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB dan turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota TDDB. Bacaan Surah Yassin dan Tahlil beramai-ramai telah dipimpin oleh Yang Mulia Leftenan Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Acara keagamaan tahunan ini merupakan sebahagian daripada Program Ihya' Ramadhan sempena bulan Ramadhan bagi mendapatkan keberkatan dan seterusnya menyemarakkan lagi bulan Ramadhan.