Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

LE CSS MARKS ANNIVERSARY WITH DOA KESYUKURAN EVENT

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 26th March 2025 – The Land Engineering Combat Service Support Royal Brunei Land Forces (LE CSS RBLF) held a Doa Kesyukuran event in conjunction with its annual anniversary for the year 2025 at Surau Al–Fa'izun, Berakas Garrison. In attendance was Major Abdul Hafiz bin Abdul Razak, LE CSS Commanding Officer along with officers, personnel, and civilian staff.

The event commenced with the recitation of Surah Al-An'am verses 81 to 83 by Private Mohammad Nur Ismail bin Empudin from the LE Bolkiah Workshop, followed by the recitation of Surah Yassin and Doa Kesyukuran by Muhamad Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam of Surau Al-Fa'izun prior concluding with a mass Fardhu Zohor prayer. This act of thanksgiving expressed a profound gratitude to Allah Subhanahu Wa Ta'ala for His blessings bestowed upon the unit and served as a moment of reflection and unity towards continued pursuit of excellence in service.

KEJURUTERAAN DARAT KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SAMBUT HARI ULANG TAHUN DENGAN ACARA DOA KESYUKURAN

BERAKAS GARISON, Rabu, 26 Mac 2025 – Kejuruteraan Darat Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengadakan acara Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahunnya bagi tahun 2025 di Surau Al–Fa'izun, Berakas Garison. Hadir bagi acara tersebut ialah Mejar Abdul Hafiz bin Abdul Razak, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB, bersama-sama dengan Pegawai-pegawai, anggota, dan kakitangan awam.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-An'am ayat 81 hingga 83 oleh Soldadu Mohammad Nur Ismail bin Empudin dari Woksyop Bolkiah Kejuruteraan Darat, diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran oleh Muhamad Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Fa'izun sebelum diakhiri dengan solat Fardhu Zohor berjemaah. Doa Kesyukuran ini diadakan adalah bagi memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala atas limpah kurnia-Nya terhadap unit berkenaan dan juga sebagai detik untuk muhasabah dan perpaduan ke arah meneruskan kecemerlangan dalam perkhidmatan.