BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 20th March 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held events to commemorate the Nuzul Al-Qur'an celebration for 1446 Hijrah, featuring a special religious talk which were conducted simultaneously at RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main event at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. In attendance at Surau Al-Faizun was Colonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief Dental Service RBLF and were joined by RBLF senior officers, officers and personnel.
The event commenced with the recitation of Surah Az-Zumar, verses 18 to 21 led by Staff Sergeant Mohammad Ali Hussin bin Zakaria from the RBLF Headquarters and proceeded with a Special Religious Talk entitled 'A Healthy Mind with the Al-Qur'an' by Warrant Officer 2 Haji Johary bin Haji Md Salleh, RBN from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. Among the teachings of the talk emphasised not only the importance of studying and understanding the Al Qur'an but also with the guidance of Al-Quran, the human mind becomes perfect and be able to distinguish between right and wrong.
The event is one of the annual activities of the RBLF to commemorate the historical event related to the revelation of the first verses of the holy book, Al-Qur'an Al-Karim, from Allah Subhanahu Wata'ala to Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.





CERAMAH AGAMA KHAS SEMPENA MEMPERINGATI NUZUL AL-QUR'AN 1446 HIJRAH
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20 Mac 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan acara bagi memperingati Sambutan Nuzul Al-Qur'an 1446 Hijrah yang menampilkan ceramah agama khas yang diadakan secara serentak di surau-surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan acara utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Hadir di Surau Al-Faizun ialah Kolonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian TDDB dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Az-Zumar ayat 18 hingga 21 yang diketuai oleh Staf Sarjan Mohammad Ali Hussin bin Zakaria dari Markas TDDB dan diikuti dengan ceramah agama khas bertajuk 'Minda Sihat Dengan Al-Quran' oleh Pegawai Waran 2 Haji Johary bin Haji Md Salleh, TLDB daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Antara pengajaran ceramah tersebut bukan sahaja menekankan pentingnya mempelajari dan memahami makna Al-Qur'an tetapi dengan Al-Quran sebagai panduan, akal manusia menjadi sempurna dan dapat membezakan yang benar dan salah.
Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan TDDB dalam sama-sama memperingati peristiwa bersejarah berkenaan dengan turunnya ayat-ayat pertama kitab suci Al-Qur'an Al-Karim sebagai wahyu Allah Subhanahu Wata'ala kepada Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.