
BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 19th March 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) organised its second Khatam Al-Quran ceremonies in conjunction with the holy month of Ramadhan 1446 Hijrah. The ceremonies were held simultaneously at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main event at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander RBLF attended the ceremony and were joined by senior officers, officers and RBLF personnel. The annual Al-Quran recitation activity during Ramadhan serves a pivotal purpose in fostering a profound and enduring bond amongst RBLF personnel and to glorify the sanctity of Al-Quran and promote its teaching and practice.
The event began with Fardhu Zohor prayer followed by the recitation of Al-Quran from the Khatam Al-Quran participants, and Takhtim as well as Doa Khatam led by Imam Haji Mohd Anndy bin Saile, the Imam of Surau Al-Fa'izun. The ceremony concluded with Dikir Marhaban and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.











TDDB TERUS MENYEMARAKKAN BULAN RAMADHAN MELALUI MAJLIS KHATAM AL-QURAN
BERAKAS GARISON, Rabu, 19 Mac 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang kedua sempena bulan Ramadhan 1446 Hijrah. Majlis tersebut telah diadakan secara serentak di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan acara utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB telah menghadiri majlis tersebut dan disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB. Aktiviti tahunan membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan dikalangan anggota TDDB dan seterusnya memuliakan kesucian Al-Quran serta menggalakkan ajaran serta amalannya.
Majlis dimulakan dengan solat Fardhu Zohor diikuti dengan bacaan Al-Quran daripada peserta-peserta Khatam Al-Quran, dan Takhtim serta Doa Khatam yang dipimpin oleh Imam Haji Mohd Anndy bin Saile, Imam Surau Al-Fa'izun. Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.