Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD IFTAR WITH FORMER COMMANDING OFFICERS AND REGIMENT SERGEANT MAJORS


BERAKAS GARRISON, Friday, 22nd March 2024 - First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held Iftar with the former Commanding Officers and former Regiment Sergeant Major (RSM) took place at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison.

Among the invited guests were Yang Dimuliakan, Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Retired) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud as the first Commanding Officer of 1Bn RBLF.

The ceremony began with the recitation of Surah Yassin and Tahlil led by Private Abdul Manan bin Othman and Imam Hj Andy bin Hj Saile from the Religious Department of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT), followed by Iftar and mass Fardhu Maghrib Prayer. The event proceeded with dinner together with the officers and personnel of 1Bn RBLF before proceeding with the mass Fardhu Isya', Sunat Terawih and Witir Prayer and concluded with Tadarus Al-Quran.

This event is an annual activity for 1Bn RBLF which is usually carried out during the holy month of Ramadhan. It aims to appreciate and commemorate the services rendered by the former COs and RSMs as well as to strengthen the bond with personnel of 1Bn RBLF.





BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN- MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN

BERAKAS GARISON, Jumaat, 22 Mac 2024 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Bersungkai bersama mantan-mantan Pegawai Pemerintah (Peg Pem) dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) bertempat di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison.

Di antara jemputan khas yang hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, mantan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB yang pertama yang menjawat sebagai Peg Pem 1Bn TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang diketuai oleh Soldadu Abdul Manan bin Othman dan Imam Hj Andy bin Hj Saile dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) sebelum diikuti dengan bersungkai dan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Majlis seterusnya disambung dengan menikmati jamuan makan malam bersama pegawai-pegawai dan anggota-anggota 1Bn TDDB dan diteruskan lagi dengan Sembahyang Fardhu Isya', Sembahyang Sunat Terawih serta Witir berjemaah sebelum diakhiri dengan Tadarus Al-Quran.

Majlis ini diadakan sebagai aktiviti tahunan 1Bn TDDB yang lazim dilaksanakan pada setiap bulan suci Ramadan. Antara objektif majlis ini dilaksanakan adalah sebagai penghargaan dan memperingati jasa bakti mantan-mantan Peg Pem dan SMR yang terdahulu selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama dengan anggota 1Bn TDDB.