Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTS IHYA RAMADHAN IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADHAN 1445 HIJRAH


BRUNEI, Sunday, 24th March 2024 – In continuing to further enliven this holy month of Ramadhan 1445 Hijrah, the Royal Brunei Land Force (RBLF) continued to conduct Ihya Ramadhan Programme at several mosques in all districts in Brunei Darussalam.

Among the mosques that have been visited this week were Kampong Selangan Mosque, Kampong Telisai Mosque, Kampong Kiudang Mosque, Kampong Sinaut Mosque and Pengiran Haji Abu Bakar Mosque, Kampong Bukok. The program includes mass Isya' prayer, Sunat Terawih and Witir prayers, followed by Tadarus Al-Quran.

The programs were among the activities carried out to enhance spiritual development and cooperation among RBLF personnel as well as to contribute to the community, especially in this holy month of Ramadhan. The programs is scheduled throughout the holy month of Ramadhan that will feature religious and community outreach activities including Sunat Terawih and Witir prayers, religious lectures, Tadarus Al-Quran, cleaning campaigns at mosques and cemeteries. 







TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN IHYA RAMADHAN 1445 HIJRAH

BRUNEI, Ahad, 24 Mac 2024 – Dalam terus menyemarakkan lagi bulan Ramadhan 1445H yang penuh keberkatan ini, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah meneruskan Program Ihya Ramadhan bertempat di beberapa buah masjid di daerah-daerah Negara Brunei Darussalam.

Antara masjid yang telah dikunjungi minggu ini ialah Masjid Kampong Selangan, Masjid Kampong Telisai, Masjid Kampong Kiudang, Masjid Kampong Sinaut dan Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampong Bukok. Program Ihya Ramadhan ini termasuk Sembahyang Isya' berjemaah, Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir sebelum diteruskan dengan Tadarus Al-Quran.

Program tersebut merupakan antara aktiviti amal yang dijalankan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pembangunan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota TDDB di samping bertujuan untuk menggalakkan berbuat amal kebajikan dan menyumbang kepada masyarakat. Program-program ini dijadualkan berlangsung sempena bulan suci Ramadhan dan akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti keugamaan dan kemasyarakatan termasuk menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir, kuliah-kuliah keugamaan, tadarus Al-Quran, kempen membersihkan masjid-masjid dan tanah-tanah perkuburan.