Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONTINUES TO CONDUCT COMMUNITY OUTREACH PROGRAM IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADHAN 1445 HIJRAH



BRUNEI, Friday, 22nd March 2024 – In continuing to further enliven this holy month of Ramadhan 1445 Hijrah, the Royal Brunei Land Force (RBLF) continued to conduct Community Outreach Programme at several mosques in all districts in Brunei Darussalam.

Among the mosques that have been visited this week were Kampong Sinaut Mosque, Kampong Telisai Mosque, Pengiran Muda Abdul Wakeel Mosque, Kiudang, Kampong Lambak Berakas Mosque, Kampong Serusop Mosque and Pengiran Anak Haji Mohammed Alam Mosque, Tutong. The program includes a cleaning campaign both within and around the mosque premises.

The programs were among the activities carried out to enhance spiritual development and cooperation among RBLF personnel as well as to contribute to the community, especially in this holy month of Ramadhan. The programs is scheduled throughout the holy month of Ramadhan that will feature religious and community outreach activities including Sunat Tarawih and Witir prayers, religious lectures, Tadarus Al-Quran, cleaning campaigns at mosques and cemeteries.

​​






TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN PROGRAM JANGKAUAN RAMADHAN 1445 HIJRAH

BRUNEI, Jumaat, 22 Mac 2024 – Dalam terus menyemarakkan lagi bulan Ramadhan 1445H yang penuh keberkatan ini, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah meneruskan Program Jangkauan Ramadhan bertempat di beberapa buah masjid di daerah-daerah Negara Brunei Darussalam.

Antara masjid yang telah dikunjungi minggu ini ialah Masjid Kampong Sinaut, Masjid Kampong Telisai, Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kiudang, Masjid Kampong Lambak Berakas, Masjid Kampong Serusop and Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Tutong. Program tersebut merangkumi kempen kebersihan di luar dan di dalam bangunan masjid.

Program tersebut merupakan antara aktiviti amal yang dijalankan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pembangunan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota TDDB di samping bertujuan untuk menggalakkan berbuat amal kebajikan dan menyumbang kepada masyarakat. Program-program ini dijadualkan berlangsung sempena bulan suci Ramadhan dan akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti keugamaan dan kemasyarakatan termasuk menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir, kuliah-kuliah keugamaan, tadarus Al-Quran, kempen membersihkan masjid-masjid dan tanah-tanah perkuburan.