Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTS COMMUNITY OUTREACH PROGRAMME IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADHAN 1445 HIJRAH


BRUNEI, Sunday, 24th March 2024 – In continuing to further enlivened this holy month of Ramadhan 1445 Hijrah, the Royal Brunei Land Force (RBLF) continued to conduct Community Outreach Program at several Muslim cemeteries in all districts in Brunei Darussalam.

Whereas, among the cemeteries that have been visited were Kampong Serai Pimping Muslim Cemetery, Alangan Damit Muslim Cemetery, Kianggeh Muslim Cemetery, Kampong Lumapas Muslim Cemetery, Kampong Pasir Berakas 'A' Muslim Cemetery, Kampong Pulaie Muslim Cemetery, Kampong Sengkarai Muslim Cemetery, Jalan Residency Muslim Cemetery, and Kampong Pulaie Muslim Cemetery. The program includes a cleaning campaign, followed by the recital of Surah Yassin and Tahlil.

The programs were among the activities carried out to enhance spiritual development and cooperation among RBLF personnel as well as to contribute to the community, especially in this holy month of Ramadhan, and the programs is scheduled throughout the holy month of Ramadhan that will feature religious and community outreach activities including Sunat Tarawih and Witir prayers, religious lectures, Tadarus Al-Quran, cleaning campaigns at mosques and cemeteries.

 









TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENERUSKAN PROGRAM JANGKAUAN RAMADHAN 1445 HIJRAH

BRUNEI, Ahad, 24 Mac 2024 – Dalam terus menyemarakkan lagi bulan Ramadhan 1445H yang penuh keberkatan ini, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah meneruskan Program Jangkauan Ramadhan bertempat di beberapa buah tanah perkuburan Islam di daerah-daerah Negara Brunei Darussalam.

Antara tanah perkuburan Islam yang telah dilawati ialah Tanah Perkuburan Islam Kampong Serai Pimping, Tanah Perkuburan Islam Alangan Damit, Tanah Perkuburan Islam Kianggeh, Tanah Perkuburan Islam Kampong Lumapas, Tanah Perkuburan Islam Kampong Pasir Berakas 'A', Tanah Perkuburan Islam Kampong Pulaie, Tanah Perkuburan Islam Kampong Sengkarai, Tanah Perkuburan Islam Jalan Residency , dan Tanah Perkuburan Islam Kampong Pulaie. Program Jangkauan Ramadhan meliputi kempen kebersihan diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil.

Program-program tersebut merupakan antara aktiviti amal yang dijalankan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pembangunan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota TDDB di samping bertujuan untuk menggalakkan berbuat amal kebajikan dan menyumbang kepada masyarakat. Program-program ini dijadualkan berlangsung sempena bulan suci Ramadhan dan akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti keugamaan dan kemasyarakatan termasuk menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir, kuliah-kuliah keugamaan, tadarus Al-Quran, kempen membersihkan masjid-masjid dan tanah-tanah perkuburan.​