Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

REGIMENTAL DINNER IN CONJUNCTION WITH THE DIAMOND JUBILEE ANNIVERSARY OF THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE


BERAKAS GARRISON, Friday, 12 August 2022 – A regimental dinner was held this evening in conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) Diamond Jubilee Anniversary at the Officers' Mess, Berakas Garrison.

Present as the Guest of Honour (GOH) was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander RBLF. Also in attendance were Senior Officers, Senior Officers who have completed their service and Officers of the RBLF. Upon arrival, the GOH was received by Lieutenant Colonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Commanding Officer of Land Engineering RBLF and Chairman of the RBLF Diamond Jubilee Anniversary, Major Haji Nafisal bin Haji Salim as Chairman of the main event of the RBLF Diamond Jubilee Anniversary and Major Mohammad Za'im bin Haji Zainal Arifin, as Chairman of the Regimental Dinner.

The event commenced with the reception, group photo session and recitation of Do'a before the dinner. The event was enlivened by a video synopsis of the attending retiree, Lieutenant Colonel (Retired) Siti Isah binti Haji Abu Talip, followed by a speech and appreciation remarks delivered by the Commander RBLF. The Commander RBLF expressed his gratitude and appreciations to all attendees especially for the retired Senior Officers for their contribution throughout their service in the Royal Brunei Armed Forces and Ministry of Defence.

In addition, the Commander also touched upon the age of RBLF that has reached 60 years and reminded all Officers and personnel to maintain and defend the legacy of military regimentation. He believes that it is one of the mechanisms that unites RBLF as a whole and makes for a strong organisation. He concluded his speech by conveying his appreciation to the specially invited Senior Officers who attended for enlivening the Regimental Dinner. The event ended with the signing of parchment by the retiring Senior Officers.


 

 


MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN JUBLI INTAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 12 Ogos 2022 – Majlis Makan Malam Beradat sempena Sambutan Jubli Intan Tentera Darat Diraja Brunei (JI TDDB) telah diadakan pada hari ini bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Turut hadir dalam sama-sama memeriahkan majlis berkenaan ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawa-pegawai Kanan TDDB yang menamatkan perkhidmatan dan Pegawai-pegawai TDDB. Ketibaan tetamu kehormat telah disambut oleh Leftenan Kolonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat TDDB selaku Pengerusi Tertinggi Sambutan JI TDDB, Mejar Haji Nafisal bin Haji Salim selaku Pengerusi Acara Utama JI TDDB dan Mejar Mohammad Za'im bin Haji Zainal Arifin selaku Pengerusi Majlis Makan Malam Beradat JI TDDB.

Majlis makan malam beradat seperti lazimnya dimulakan dengan sesi resepsi, bergambar ramai dan bacaan doa sebelum makan. Majlis dimeriahkan dengan tayangan video sipnosis mantan pegawai pesara yang hadir iaitu Leftenan Kolonel (B) Siti Isah binti Haji Abu Talip serta ucapan kata-kata alu-aluan dan penghargaan yang disampaikan oleh Pemerintah TDDB. Beliau telah menzahirkan rasa kesyukuran dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada para jemputan yang hadir terutamanya mantan pegawai pesara yang diraikan di atas sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta Kementerian Pertahanan.

Selain itu, Pemerintah TDDB juga menyentuh tentang usia TDDB yang sudah mencapai 60 tahun haruslah mengekalkan dan mempertahankan legasi rejimentasi tentera. Beliau percaya bahawa ia adalah satu mekanisma yang menyatukan seluruh unit TDDB dan menjadikannya sebuah pasukan yang akan bersatu teguh selamanya. Beliau mengakhiri ucapan dengan menyampaikan rasa penghargaan kepada para Pegawai Kanan jemputan khas yang turut sama berkesudian hadir demi menyerikan lagi Majlis Makan Beradat JI TDDB. Majlis diakhiri dengan penandatangani lembaran kenangan oleh mantan pegawai pesara yang diraikan.