Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
THE 12TH BRUNEI SINGAPORE DEFENCE SCHOLARS DEVELOPMENT PROGRAMME STUDY VISIT TO THE SCHOOL OF INFANTRY ROYAL BRUNEI LAND FORCE

PENANJONG GARRISON, Tuesday, 02 August 2022 – Royal Brunei Land Force (RBLF) received a study visit from the 12th Brunei-Singapore Defence Scholar Development Programme today at the School of Infantry RBLF, Penanjong Garrison.

Present as the Guest of Honour (GOH) was Lieutenant Colonel Pg Mohamed Sufri bin Pg Haji Rosli, Chief of Staff RBLF. Also in attendance were Senior Officers, Officers, delegation from the Directorate of Administration and Manpower, Ministry of Defence, delegation from the Republic of Singapore and the scholarship recipients.

The visit started with welcoming remarks from Major Pg Hamzah bin Pg Ahmad Damit, Assistant Chief of Staff Training RBLF followed by a speech by the GOH. The visit then continued with the viewing of a video presentation; "Boots on the Ground" followed by a sharing session with the Scholars. The visit concluded with a group photo session.

The programme participants comprised of eight MINDEF scholarship recipients from Brunei Darussalam and eight scholarship recipients from Singapore. The aim of the programme is to provide exposure to RBLF, as well as provide an opportunity for program participants to interact and gain experience from the RBLF Senior Officers and previous Scholars in RBLF.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR THE 12TH BRUNEI SINGAPORE DEFENCE SCHOLARS DEVELOPMENT PROGRAMME KE SEKOLAH INFANTRI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Selasa 02 Ogos 2022 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima lawatan sambil belajar daripada Brunei Singapore Defence Scholars Development Programme ke-12 pada hari ini bertempat di Sekolah Infantri TDDB, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Pg Mohamed Sufri bin Pg Haji Rosli, Ketua Staf TDDB. Turut hadir juga ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, rombongan dari Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan, rombongan dari Republik Singapura dan penerima-penerima biasiswa.

Lawatan tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Mejar Pg Hamzah bin Pg Ahmad Damit, Penolong Ketua Staf, Latihan TDDB dan diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat. Lawatan kemudian diteruskan dengan tontonan tayangan video "Boots on the Ground", diikuti dengan perkongsian pengalaman daripada penerima biasiswa pegawai-pegawai TDDB. Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Peserta-peserta program tersebut terdiri daripada lapan penerima biasiswa Kementerian Pertahanan dari Negara Brunei Darussalam dan lapan penerima biasiswa dari Republik Singapura. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada TDDB, serta memberi peluang bagi peserta-peserta program untuk berinteraksi dan mendapatkan pengalaman daripada pegawai-pegawai kanan TDDB dan penerima biasiswa pegawai-pegawai TDDB.