Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS KELUARGA BERKAT IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE DIAMOND JUBILEE ANNIVERSARY

BERAKAS GARRISON, Friday, 21 January 2022 - The Royal Brunei Land Force (RBLF) held Majlis Keluarga Berkat in conjunction with the RBLF Diamond Jubilee Anniversary at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. Present as the guest of honour was Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, the spouse of the Commander of RBLF.

The arrival of the guest of honour was received by Captain Nur Shazeerah binti Radinkanoro, Chairman for Majlis Keluarga Berkat. Also present at the event were female Senior Officers, Officers and Other Ranks of RBLF, members of the RBLF Wives Association (RBLF BAKTI) and wives of RBLF personnel.

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah led by Ustazah Hajah Noraini binti Haji Ghafar from Religious Department of Royal Brunei Armed Forces (JAMAAT). The event continued with a forum with the topic titled "Kesefahaman Membawa Keharmonian Rumahtangga" which was discussed by the invited panel of speakers comprising of Ustazah Pengiran Doctor Hajah Norwidayati binti Pengiran Haji Metusin, Deputy Dean of Faculty of Syariah at Religious Teachers University College (KUPU SB) and Ustazah Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan, authority at Pusat Da'wah Islamiah. The forum was moderated by Lieutenant Nur Farahin binti Nordin, an officer from Support Battalion RBLF. The event was also enlivened with Tausyeh Performance by Tausyeh team from JAMAAT RBAF led by Ustazah Siti Nor Khadijah binti Haji Saili.

This year, the event was also extended via Virtual Tele-Conference (VTC) to those who were unable to attend physically in adherence to the Ministry of Health's mass gathering COVID-19 guidelines.  The event will be held annually as part of RBLF's anniversary to promote harmony within families in the RBLF.




MAJLIS KELUARGA BERKAT SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 21Januari 2022–Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengendalikanMajlis Keluarga Berkat sempena SambutanJubli Intan TDDB pada hari ini bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, isteri kepada Pemerintah TDDB.

Ketibaan tetamu kehormat disambut oleh Kapten Nur Shazeerah binti Radinkanoro, Pengerusi Majlis Keluarga Berkat. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan PTB Rendah Askar Wanita TDDB, ahli-ahli Badan Kebajikan Isteri-Isteri TDDB (BAKTI TDDB) dan isteri-isteri anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Ustazah Hajah Noraini binti Haji Ghafar daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMAAT ABDB). Majlis diteruskan dengan sesi forum bertajuk ''Kesefahaman Membawa Keharmonian Rumahtangga" yang dibahaskan oleh dua panel jemputan iaitu Ustazah Pengiran Doktor Hajah Norwidayati binti Pengiran Haji Metusin, Penolong Profesor@ Timbalan Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Peruguan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Ustazah Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan, Penguasa Dakwah dan Tabligh, Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah dan dibantu oleh Leftenan Nur Farahin binti Nordin, pegawai daripada Batalion Bantu TDDB selaku moderator forum. Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan persembahan tausyeh oleh kumpulan tausyeh daripada JAMAAT ABDB yang diketuai oleh Ustazah Siti Nor Khadijah binti Haji Saili.

Pada tahun ini, majlis tersebut juga dilaksanakan secara maya bagi yang tidak dapat hadir secara fizikal mengikut garispandu COVID-19bagi perkumpulan ramai yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Acara Majlis Keluarga Berkat ini merupakan aktiviti tahunan sempena HUT TDDB bagi mempromosikan keharmonian dalam keluarga di kalangan warga TDDB.