Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
E COMPANY FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD HARI RAYA AIDILADHA KORBAN DAN AQIQAH CEREMONY


BANGAR CAMP, Friday, 23 July 2021 – E Company First Battalion Royal Brunei Land Force (E Coy 1Bn RBLF) held Hari Raya Aidiladha Korban dan Aqiqah ceremony conducted at E Coy, 1Bn RBLF Cookhouse, Bangar Camp.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Hj Rony Zai bin Haji Zaini, Acting Chief of Staff RBLF. Also present were Deputy Commanding Officer of 1Bn RBLF, Officer Commanding, Officers and personnel of E Company as well as Asnaf Fakir group.

The ceremony began with the recital of Surah Al-Fatihah and Hari Raya Takbir lead by Lance Corporal Norhadi bin Harun, personnel from Religious Department of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT RBAF). The ceremony continued with the distribution of the Korban Meat by the guest of honour.

This year, a total of two buffaloes were sacrificed by the personnel from E Coy, 1Bn RBLF. It was then distributed equally to 52 people from Asnaf Fakir group as well as to respective Officers and personnel of E Coy, 1Bn RBLF who participated in the Korban.



KOMPENI E BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AQIQAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

PERKHEMAHAN  BANGAR, Jumaat, 23 Julai 2021 – Kompeni E Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp E, 1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah bagi tahun bertempat di Rumah Masak Komp E, 1Bn TDDB, Perkhemahan Bangar.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Leftenan Kolonel Hj Rony Zai bin Haji Zaini, Pemangku Ketua Staf TDDB. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, Pegawai Memerintah, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota Komp E serta golongan Asnaf Fakir Miskin.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan Takbir Hari Raya diketuai oleh Lans Korporal Norhadi bin Harun, anggota dari Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT ABDB). Majlis diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban oleh tetamu kehormat majlis.

Pada tahun ini, sebanyak dua ekor kerbau telah dikorbankan oleh anggota-anggota Komp E. Daging-daging korban tersebut kemudian dibahagikan sama rata sebelum diagih-agihkan kepada 52 orang dari golongan Asnaf Fakir Miskin dan kepada Pegawai-pegawai serta anggota-anggota Komp E yang telah ikut serta dalam ibadah korban pada tahun ini.