NEWS HEADLINES
ANGGOTA-ANGGOTA BATALION KEDUA TDDB MEMBUAT LAWATAN KE PUSAT AL-ISLAH, TUTONG
PUSAT AL-ISLAH, Selasa 12 Jun 2018 – Seramai 39 anggota daripada Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) yang diketuai oleh Yang Mulia Mejar Muhd Shahrimmy bin Karim, telah mengadakan lawatan ke Pusat Al-Islah, Tutong.
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANGTAHUN KHIDMAT PERGIGIAN YANG KE-46 TAHUN
BERAKAS GARISON, Isnin, 11 Jun 2018 – Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Ulangtahun (HUT) Khidmat Pergigian, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) yang ke-46 tahun telah berlangsung di Pusat Khidmat Pergigian Berakas, Berakas Garison.
MAJLIS PENGISLAMAN ANGGOTA BATALION BANTU TDDB
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PEGAWAI DAERAH SERTA STAKEHOLDERS DAERAH BRUNEI DAN MUARA
BERAKAS GARISON, Juma’at 08 Jun 2018 – Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai Daerah SertaStakeholders Daerah Brunei dan Muara telah diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison.
MAJLIS BERBUKA PUASA, SEMBAHYANG TERAWIH, WITIR DAN TEDARUS AL-QURAN BERSAMA YANG BERHORMAT MENTERI PERTAHANAN KEDUA
PERKHEMAHAN LUMUT, Juma’at 08 Jun 2018 – Majlis Berbuka Puasa,Sembahyang Terawih, Witir dan Tedarus bersama Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Tetamu Kehormat majlis telah diadakan bertempat di Surau Ar-Rahman, Perkhemahan Lumut.
MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT PERKHEMAHAN BANGAR
PERKHEMAHAN BANGAR, Rabu 06 Jun 2018
– Kompeni E Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp E, 1Bn
TDDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Perkhemahan Bangar
bagi tahun 1439H/2018M bertempat di Surau Al-Quwwah dan Dewan Makan
Perkhemahan Bangar.
LAWATAN DARI SEKOLAH PEGAWAI KADET KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Rabu, 06 Jun 2018 – Seramai 54 anggota Pegawai-Pegawai Kadet dari Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Pengambilan ke-17 telah membuat lawatan ke Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang berlangsung di Batalion Bantu (Bn Bantu) TDDB. Rombongan lawatan tersebut diketuai oleh Yang Mulia Lt Abdul Qahhar bin Hj Mulok, Ketua Platun 1 Pengambilan ke-17.
PERJUMPAAN BERSAMA ANGGOTA-ANGGOTA YANG AKAN MENGIKUTI MISI UNIFIL
BERAKAS GARISON, Juma’at, 01 Jun 2018 - Perjumpaan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Haji Awang Lampoh, bersama anggota-anggota yang mengikuti Latihan PenyesuaianForce Integration Training (FIT) Kontingen ABDB bersama Malaysian Battalion 850-6 (MALBATT 850-6) dibawah misi UNIFIL telah berlangsung di Markas TDDB.
2BN TDDB MEMBERIKAN BANTUAN BENCANA ALAM
KAMPONG BENUTAN, Isnin 04 Jun 2018 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah memberikan bantuan bencana alam di Kg. Benutan, Daerah Tutong. Hujan yang turun secara berterusan disepanjang minggu lepas telah menyebabkan kenaikan paras air yang melimpahi dibeberapa kawasan kediaman dan menjejaskan sebahagian jalan raya yang menjadi laluan utama di kampong berkenaan.
MAJLIS SEMBAHYANG TERAWIH, WITIR DAN TEDARUS AL-QURAN BERSAMA YANG BERHORMAT MENTERI PERTAHANAN II DI BERAKAS GARISON
BERAKAS GARISON, Isnin 04 Jun 2018 – Majlis Sembahyang Terawih, Witir dan Tedarus bersama Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Tetamu Kehormat majlis telah diadakan bertempat di Surau Al-Faizun Berakas Garison.
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HUT ABDB KE-57 TAHUN
SURAU AL- FA’IZUN BERAKAS GARISON, Khamis 31 Mei 2018 - Tanggal 31 Mei merupakan detik penting bagi penubuhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan kini menjangkau usianya ke-57 tahun dengan suasana yang penuh berkah yang secara kebetulan jatuh dalam bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini. Bagi memberkati dan menyemarakkan lagi Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB, Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan dikesemua surau garison dan perkhemahan.
MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-57 TAHUN DAN BULAN RAMADHAN 1439 HIJRAH
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 Mei 2018 - Bersempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) ke-57 tahun dan sempena bulan Ramadan 1439 Hijrah yang penuh keberkatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) hari ini telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin, Bertahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT GARISON SEMPENA HUT ABDB KE 57
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH, KOMANDAN DAN SARJAN MEJAR REJIMEN UNIT
Juma’at, 25 Mei 2018 – Majlis Berbuka Puasa bersama Mantan-Mantan Pegawai Pemerintah, Komandan Unit dan Sarjan Mejar Rejimen merupakan aktiviti tahunan TDDB sempena bulan Ramadhan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan jasa khidmat baik mereka. Pada tahun ini, beberapa unit di bawah TDDB telah berpeluang sekali lagi mengadakan majlis tersebut.
PEMERINTAH TDDB MENGHADIRI LANPAC KE-7, 2018 DI HONOLULU, HAWAII, AMERIKA SYARIKAT
HONOLULU, HAWAII, AMERIKA SYARIKAT, Selasa, 22 Mei 2018 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh ketika ini sedang berada di Amerika Syarikat bagi menghadiri Simposium dan Pameran Tentera Darat Pasifik 2018 yang bermula dari 22–24 Mei 2018. Acara tersebut telah dirasmikan oleh Yang Mulia Jeneral Robert Brooks Brown, Commanding General of the US Army Pacific (USARPAC).














