BERAKAS GARISON, Juma’at 08 Jun 2018 – Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai Daerah Serta
Stakeholders Daerah Brunei dan Muara telah diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison.
Rombongan Pejabat Daerah Brunei dan Muara diketuai oleh Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara. Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hasan, Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) beserta Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan seluruh warga 1Bn TDDB.
Aturcara majlis telah dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya bacaan Tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Imam Surau Al-Fa’izun. Seterusnya majlis berbuka puasa serta menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Selepas itu para jemputan beredar ke ruang khas bagi menikmati jamuan.
Diakhir majlis tersebut Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB berkesempatan untuk menyampaikan cenderahati kenangan kepada Pegawai Daerah Brunei dan Muara berserta jemputan-jemputan khas yang hadir.
Majlis tersebut merupakan pertama kalinya dikendalikan sempena bulan Ramadhan dan ianya adalah salah satu aktiviti yang menjadi pemangkin dalam merapatkan hubungan silatur’rahim di antara TDDB dengan agensi-agensi awam yang berkepentingan selain daripada berkerjasama rapat dalam aktiviti-aktiviti atau acara-acara rasmi yang berkenaan.

