Juma’at, 25 Mei 2018 – Majlis Berbuka Puasa bersama Mantan-Mantan Pegawai Pemerintah, Komandan Unit dan Sarjan Mejar Rejimen merupakan aktiviti tahunan TDDB sempena bulan Ramadhan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan jasa khidmat baik mereka. Pada tahun ini, beberapa unit di bawah TDDB telah berpeluang sekali lagi mengadakan majlis tersebut.
Batalion Pertama (1Bn) TDDB telah mengadakan majlis tersebut pada 24 Mei 2018 di Surau Al-Faizun, Berakas Garison. . Batalion Ketiga (3Bn) TDDB, Batalion Bantu (Bn Bantu) TDDB dan Khidmat Bantuan Kombat (KBK) TDDB pula telah mengendalikan majlis tersebut secara serentak pada 25 Mei 2018 yang berlangsung di Mes Pegawai Perkhemahan Lumut, Mes Pegawai Penanjong Garison dan Surau Al-Faizun, Berakas Garison. Manakala, Batalion Kedua (2Bn) TDDB mengadakan pada 30 Mei 2018 di Surau dan Dewan Al-Rezeki 2, Perkhemahan Tutong.
Kesemua majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil dan seterusnya majlis berbuka puasa ringan sebelum menunaikan Solat Fardhu Maghrib berjemaah. Para jemputan kemudiannya dijemput ke ruang makan bagi menikmati jamuan dan penyampaian cenderahati oleh Pegawai-pegawai Pemerintah Batalion, Pemangku Komandan KBK dan Sarjan Mejar Rejimen unit kepada mantan-mantan Pegawai Pemerintah Batalion, Komandan KBK dan Sarjan Mejar Rejimen unit. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Dengan adanya majlis tahunan seperti ini, ianya dapat mengeratkan silaturrahim dan setentunya dapat memberikan peluang kepada para Pegawai-pegawai dan PTB Kanan TDDB yang baharu berkhidmat untuk mengenali mantan-mantan yang pernah berjasa dan berkhidmat di TDDB sebelum ini.



