BERAKAS GARISON, Isnin 04 Jun 2018 – Majlis Sembahyang Terawih, Witir dan Tedarus bersama Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Tetamu Kehormat majlis telah diadakan bertempat di Surau Al-Faizun Berakas Garison.
Turut hadir ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Terawih dan Witir berjemaah dan diakhiri dengan bertedarus membaca Al-quran bersama Tetamu Kehormat.
Majlis yang sama akan turut diadakan di Surau Ar-Rahman Perkhemahan Lumut pada 07 Jun 2018 dan Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar pada 12 Jun 2018.
Dengan adanya majlis seperti ini ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan setentunya dapat memberikan peluang kepada para Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB yang baharu berkhidmat untuk saling mengenali Tetamu Kehormat yang mana beliau juga pernah berjasa dan berkhidmat di TDDB sebelum ini.

