NEWS HEADLINES
KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN AFRIKA SELATAN KE MARKAS TDDB
BERAKAS GARISON, Selasa, 10 April 2018 – Yang Mulia Kolonel Lamla Malotana, Penasihat Pertahanan Afrika Selatan di Kuala Lumpur, Malaysia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam, pada hari ini mengadakan kunjungan hormat pengenalan kepada Yang Mulia Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Pemangku Pemerintah Tentera Darat Brunei (TDDB) di Markas TDDB, Berakas Garison.
LAWATAN KERJA PEMERINTAH ABDB KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA MANGSA KEBAKARAN RUMAH
BERAKAS GARISON, Rabu, 04 April 2018 - Majlis penyampaian sumbangan derma kepada SSjn Norsunnah binti Mat Taha, anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah di Kampong Wasan pada 31 Mac 2018 yang lalu telah diadakan pagi ini.
ATASE PERTAHANAN THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MEMBUAT KUNJUNGAN HORMAT KE MARKAS TDDB
BERAKAS GARISON, Rabu, 4 April 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Kunjungan Perpisahan daripada Yang Mulia Kolonel Sorrawat Pattamakom, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatannya dan Yang Mulia Kolonel Nopadej Pansri, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik
KUNJUNGAN KERJA ATASE PERTAHANAN REPUBLIK RAKYAT CHINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BERAKAS GARISON, Selasa 3 April 2018 - Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Kunjungan Kerja daripada Yang Mulia Senior Colonel Wu Geng, Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam bertempat di Markas TDDB Berakas Garison.
KUNJUNGAN PERPISAHAN ATASE PERTAHANAN VIETNAM KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BERAKAS GARISON, Isnin 2 April 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Kunjungan Perpisahan daripada Yang Mulia Senior Colonel Nguyen Van Son, Mantan Atase Pertahanan Vietnam bertempat di Markas TDDB Berakas Garison.
PERBARISAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI ULANG TAHUN KEJURUTERAAN DARAT, KHIDMAT BANTUAN KOMBAT, TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE 38 TAHUN
BERAKAS GARISON, Isnin, 2 April 2018 – Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei menyambut Ulang Tahunnya yang jatuh pada 1 April dengan mengadakan upacara perbarisan yang berlangsung di Padang Kawad Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB), Perkhemahan Berakas Garison.
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KEJURUTERAAN DARAT KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE 38 TAHUN
BERAKAS GARISON, Jumaat, 30 Mac 2018 – Satu Majlis Doa Kesyukuran bersempena Hari Ulang Tahun Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei ke 38 Tahun telah diadakan di Surau Al-Faizun, Berakas Garison.
PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK DIANTARA KOMPENI-KOMPENI BATALION KEDUA TDDB
Perkhemahan Tutong, 30 Mac 2018- Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak diantara Kompeni-Kompeni 2Bn TDDB. Perlawanan akhir diantara Kompeni B dan Kompeni Memerintah telah diadakan di padang bola B, Perkhemahan Tutong. Perlawanan akhir dimenangi dengan sepakan penalti dengan jaringan 4-2 yang telah berpihak kepada Kompeni B untuk mengambil tempat sebagai Juara, tempat kedua telah disandang oleh Kompeni Memerintah, manakala tempat ketiga disandang Kompeni Pentadbir. Hadir bagi menyampaikan hadiah- hadiah ialah Yang Mulia Lt Kol Pengiran Mohammad Shamsul Reza bin Pengiran Dato Paduka Haji Tengah, Pegawai Pemerintah, 2Bn TDDB.
SESI PERJUMPAAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERSAMA PTB-PTB KANAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis 29 Mac 2018 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah membuat lawatan bagi sesi perjumpaan bersama PTB-PTB Kanan TDDB, di Mes PW, SSjn & Sjn Batalion Kedua (2Bn) TDDB Perkhemahan Tutong.
LAWATAN JAWATANKUASA TAKMIR, GURU-GURU MUSLIMAH, BELIA-BELIAWANIS MASJID LAMBAK, BERAKAS KE BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Rabu 28 Mac 2018 – Seramai 58 orang awam terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Takmir, Guru-Guru Muslimah, Belia – Beliawanis Masjid Lambak Berakas yang diketuai oleh Yang Mulia Imam Hj Mohd Ashraf bin Hj Bujang telah membuat lawatan ke Batalion Bantu TDDB.
CHIEF OF ARMY STAFF, PAKISTAN ARMY BERANGKAT PULANG DARIPADA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PANGKALAN TENTERA UDARA, Selasa 27 Mac 2018 - Delegasi daripada Tentera Darat Pakistan yang diketuai oleh Yang Mulia Tuan Yang Terutama Jeneral Qamar Javed Bajwa, Chief of Army Staff, Pakistan Army berlepas pulang ke Republik Pakistan selepas membuat lawatan di Negara Brunei Darussalam bertempat di Air Movement Centre (AMC) Pangkalan Rimba.
KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN KEJURUTERAAN DARAT, KHIDMAT BANTUAN KOMBAT, TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE 38 TAHUN
BOLKIAH GARISON, Selasa 27 Mac 2018 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei ke-38 yang akan jatuh pada 1 April, Kempen Derma Darah anjuran bersama Kementerian Kesihatan telah dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan tahunan yang julung kali diadakan.
KUNJUNGAN PENGENALAN CHIEF OF ARMY STAFF, PAKISTAN ARMY KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Rabu 26 Mac 2018– Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima Kunjungan Pengenalan dari Tuan Yang Terutama Jeneral Qamar Javed Bajwa, Chief of the Army Staff, Pakistan Army, bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA LAWATAN PENGENALAN CHIEF OF ARMY STAFF, PAKISTAN ARMY
BERAKAS GARISON, Isnin 26 Mac 2018 - Delegasi daripada Tentera Darat Pakistan yang diketuai oleh Yang Mulia Tuan Yang Terutama Jeneral Qamar Javed Bajwa, Chief of Army Staff, Pakistan Army, selaku Tetamu Kehormat berada di negara ini bagi kunjungan pengenalan yang berlangsung pada hari ahad 25 hingga 27 Mac 2018.














