PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat 07 September 2018 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Lanjutan Infantri bagi Lepasan Rekrut Pengambilan ke 161 yang telah diadakan di Dewan Rizqi, Perkhemahan Tutong.
Seramai 90 anggota telah berjaya mengikuti kursus dengan bantuan jurulatih-jurulatih daripada Batalion Pertama, Batalion Kedua dan Batalion Ketiga TDDB. Kursus ini dikendalikan selama sebulan iaitu bermula daripada 10 Ogos 2018 hingga 07 September 2018 yang telah dikendalikan oleh Batalion Kedua TDDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis bagi Majlis Penutup Kursus tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Khairil bin Haji Ismail, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan acara seterusnya diteruskan dengan penyampaian sijil kepada anggota-anggota yang telah berjaya menamatkan kursus. Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 52374 Sld Shaiezul Hafishyam bin Zulkifli. Manakala Penuntut Terbaik Jasmani pula diraih oleh 52422 Sld Abdul Rauf bin Abd Rahman dan Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 52367 Sld Awang Muhammad Assnawie bin Awang Jawa’ee.
Majlis diikuti dengan membaca ikrar TDDB yang diketuai oleh 52374 Sld Shaiezul Hafishyam bin Zulkifli. Sebagai penutup, acara disudahi dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.
Tujuan kursus ini dijalankan ialah sebagai pendedahan atau pengalaman secara lebih dekat lagi tugas-tugas sebagai seorang anggota infantri. Antara lain, kursus ini ialah sebagai satu platform penyesuaian diri untuk bertugas didalam unit TDDB.

