PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis 30 Ogos 2018 – Eksesais Latma Keris Satria 12/2018 telah secara rasminya bermula dalam upacara pembukaan pada hari ini bertempat di Padang Kawad Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB).

Upacara pelancaran eksesais ini telahpun disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir sama menyaksikan adalah Yang Mulia Mayor Infanteri Anak Agung Gede Rama Cahayana Putra, Danyonif PR 431 Konstrad Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat.

Seramai 97 anggota turut serta didalam eksesais ini yang mana terdiri daripada anggota 3Bn TDDB dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat. Eksesais ini bertujuan untuk melatih anggota–anggota  bagi meningkatkan lagi tahap professionalisme anggota didalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Eksasais Latma Keris Satria akan berlangsung selama 10 hari dan dijangka selesai pada 05 September 2018.