Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONTINUES TO PROVIDE HUMANITARIAN ASSISTANCE AND DISASTER RELIEF RESPONSE

TUTONG DISTRICT, Saturday, 19 November 2022 – Continuous heavy rainfall has caused flooding in lowland areas, leaving several residential areas and main roads inaccessible, particularly around the areas of Kampung Benutan, Kampung Rambai and Kampung Kuala Ungar. Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) in its effort, continues to give assistance in natural disaster relief in Tutong District.

2Bn RBLF relief efforts include manpower assistance, shuttle transportation assistance for the affected local residents to aid for their routine necessities and for the students who are still in need to attend school before the final term break. 2Bn RBLF also provide transportation assistance to the Department of Community Development in delivering food rations to the residents affected by the flood in the area of Kuala Ungar and Merimbun.

As Brunei Darussalam is currently experiencing continuous rainfall, RBLF will continue to work with The District Disaster Management Centre (DDMC) and other agencies in providing assistance to the affected residents. Operations such as this will enhance the relations between RBLF and other agencies, NGOs and the community. This activity is part of Civilian Military Cooperation (CIMIC) in which the RBLF works hand in hand with other government agencies in providing assistance to the public.

 





BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENERUSKAN OPERASI BANTUAN KEMANUSIAN DAN BENCANA ALAM

DAERAH TUTONG, Sabtu, 19 November 2022 – Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan kediaman dan menjejaskan sebahagian jalan raya yang menjadi laluan utama dikawasan pedalaman, terutamanya di persekitaran Kampung Benutan, Kampung Rambai dan Kampung Kuala Ungar. Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah meneruskan peranan dalam operasi bantuan bencana alam di Daerah Tutong.

Bantuan yang diberikan oleh 2Bn TDDB adalah berbentuk bantuan tenaga manusia, kemudahan pengangkutan bagi keperluan harian penduduk kampong dan juga pengangkutan bagi pelajar yang masih bersekolah. 2Bn TDDB juga telah memberikan bantuan pengangkutan kepada pihak Jabatan Pembagunan Masyarakat bagi penghantaran catuan makanan kepada penduduk yang mengalami banjir di kawasan Kuala Ungar dan Merimbun.

Pada masa ini Negara Brunei Darussalam sedang mengalami keadaan cuaca hujan yang berterusan. Oleh itu, TDDB akan terus berkerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong (DDMC) dan agensi-agensi lain dalam memberikan bantuan kepada orang awam yang terjejas. Operasi seperti ini dapat menyumbang dalam mengeratkan lagi hubungan baik di antara pihak TDDB bersama agensi-agensi luar, awam dan masyarakat. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada usaha Kerjasama Awam dan Tentera (CIMIC), iaitu TDDB bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain dalam membantu orang ramai.