PANTAI MENTIRI GOLF CLUB, Saturday, 13th June 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Golf Classic Tournament at Pantai Mentiri Golf Club in conjunction with the RBLF 64th Anniversary. Joining in the tournament was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander RBLF.
A total of 52 players participated in the tournament, comprising senior officers, officers and personnel from RBLF, Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The first place in the Open Category has been won by Lieutenant Colonel Haji Mohd Ghazali bin Haji Hussin and Captain Delson bin Jumat; second place went to Captain Abdul Hakim bin Haji Shahrun and Captain Muhd Zulfadli Hayat bin Shamsul Hayat; and third place was secured by Lieutenant Colonel Mohd Ubaidy bin Umbu and Major Ruhaizmi bin Haji Rusli.
The tournament is an annual event held in conjunction with the RBLF's anniversary, which aims to foster interaction and strengthen camaraderie among officers and personnel through the sport of golf, while promoting a healthy lifestyle and work-life balance by encouraging participation in physical activities that instil sportsmanship and discipline. Furthermore, proceeds from the tournament were contributed to the RBAF Veterans Association as an appreciation and to assist retired RBAF personnel and their families.

















PERLAWANAN GOLF KLASIK SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TDDB KE-64
KELAB GOLF PANTAI MENTIRI, Sabtu, 13 Jun 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menganjurkan Perlawanan Golf Klasik di Kelab Golf Pantai Mentiri sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TDDB ke-64. Turut serta dalam perlawanan tersebut ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB.
Seramai 52 pemain telah mengambil bahagian dalam perlawanan ini yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota TDDB, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Tempat pertama bagi Kategori Terbuka telah dimenangi oleh Leftenan Kolonel Haji Mohd Ghazali bin Haji Hussin dan Kapten Delson bin Jumat; tempat kedua disandang oleh Kapten Abdul Hakim bin Haji Shahrun dan Kapten Muhd Zulfadli Hayat bin Shamsul Hayat; dan tempat ketiga disandang oleh Leftenan Kolonel Mohd Ubaidy bin Umbu dan Mejar Ruhaizmi bin Haji Rusli.
Perlawanan ini merupakan acara tahunan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun TDDB, yang bertujuan untuk memupuk interaksi dan mengeratkan silaturahim di kalangan pegawai dan anggota melalui sukan golf, di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan melalui penyertaan dalam aktiviti fizikal yang menyemai semangat kesukanan dan disiplin. Tambahan, hasil kutipan dari perlawanan golf ini juga turut disumbangkan kepada Persatuan Veteran ABDB sebagai tanda penghargaan dan bagi membantu keluarga serta bekas anggota ABDB yang telah bersara.