MANILA, REPUBLIC OF THE PHILIPPINES, Friday, 12th June 2026 – Lieutenant Colonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad from the Field Headquarters, Royal Brunei Land Forces (Field HQ RBLF), together with Major Mohammad Za'im bin Haji Zainal Arifin from the Joint Force Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) represented the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in Exercise Tempest Express 41/2026 (TE 41/2026), held from 3rd to 12th June 2026 in Manila, Republic of the Philippines. TE 41/2026 is a staff planning exercise workshop focusing on joint crisis operational planning, humanitarian assistance operations, and multinational interoperability among members of the Multinational Planning Augmentation Team (MPAT).
Co-hosted by the United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) and the Armed Forces of the Philippines (AFP), the workshop was attended by military personnel from 17 countries as well as representatives from relevant local agencies and national humanitarian organisations in Manila. The scenario, entitled “The Big One", was based on a regional response to a major earthquake disaster in the Metro Manila area.
As part of an ongoing series of multilateral engagements in the Asia-Pacific region, the workshop aims to strengthen regional cooperation, enhance disaster response capabilities, and promote peace and security. Participation in the workshop underscores the RBAF's commitment to enhancing interoperability and operational readiness through multinational engagement.





TDDB MENYERTAI EKSESAIS TEMPEST EXPRESS 41/2026
MANILA, REPUBLIK FILIPINA, Juma'at, 12 Jun 2026 – Leftenan Kolonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad dari Markas Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bersama Mejar Mohammad Za'im bin Haji Zainal Arifin dari Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mewakili ABDB dalam Eksesais TEMPEST EXPRESS 41/2026 (TE 41/2026) yang berlangsung dari 3 hingga 12 Jun 2026 di Manila, Republik Filipina. Eksesais TE 41/2026 merupakan bengkel latihan perancangan staf yang memberi tumpuan kepada perancangan operasi krisis bersama, operasi bantuan kemanusiaan serta interoperabiliti multinasional di kalangan ahli Multinational Planning Augmentation Team (MPAT).
Dianjurkan bersama oleh United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) dan Armed Forces of the Philippines (AFP), bengkel tersebut telah disertai oleh anggota tentera daripada 17 buah negara serta wakil daripada agensi tempatan yang berkepentingan dan organisasi bantuan kemanusiaan kebangsaan di Manila. Senario yang bertajuk “The Big One" adalah berdasarkan tindak balas serantau terhadap bencana gempa bumi besar di kawasan Metro Manila.
Sebagai sebahagian daripada siri penglibatan pelbagai hala yang berterusan di rantau Asia-Pasifik, bengkel ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama serantau, meningkatkan keupayaan tindak balas bencana serta mempromosikan keamanan dan keselamatan. Penyertaan dalam bengkel ini mencerminkan komitmen TDDB dalam meningkatkan interoperabiliti dan kesediaan operasi melalui penglibatan multinasional.