BOLKIAH GARRISON, Friday, 12th June 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) emerged as the overall champion at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Pencak Silat Championship 2026, which was held at the Bolkiah Garrison Gymnasium. A total of 10 matches across four categories were contested in the sparring event. Present to witness the final matches was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF.
For the individual categories, the RBLF bagged a total of 2 gold medals, 1 silver and 1 bronze. Corporal Shahrizan bin Shamhadi from the First Battalion RBLF, emerged as the champion in Class D (60.1kg to 65kg), and Private Juzaili bin Abdullah from the Signal Squadron, Combat Service Support, RBLF emerged as the champion in Class E (65.1kg to 70kg). Meanwhile, Sergeant Muhammad Arif bin Ismail from the Dental Services RBLF came second place in the Class F category (70.1kg to 75kg), and Private Ak Md Nabil Mirza bin Pg Md Fazillah from the Third Battalion RBLF secured third place in Class C (55.1kg to 60kg).
The championship is aimed at fostering sportsmanship, encouraging competitive participation among RBAF personnel, and serving as a crucial talent scouting platform to identify participants who will represent the RBAF in higher-level competitions, while preserving the traditional martial arts of Pencak Silat.







TDDB MUNCUL JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN PENCAK SILAT PERINGKAT ABDB TAHUN 2026
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 12 Jun 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah muncul sebagai juara keseluruhan bagi Kejohanan Pencak Silat Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison. Sebanyak 10 perlawanan melibatkan empat kategori telah dipertandingkan bagi acara sparring. Hadir menyaksikan perlawanan akhir ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.
Bagi kategori individu, TDDB telah meraih sejumlah 2 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa. Koperal Shahrizan bin Shamhadi daripada Batalion Pertama TDDB muncul sebagai juara bagi Kelas D (60.1kg hingga 65kg), dan Soldadu Juzaili bin Abdullah daripada Skuadron Semboyan, Khidmat Bantuan Kombat TDDB muncul juara bagi Kelas E (65.1kg hingga 70kg). Sementara itu, Sarjan Muhammad Arif bin Ismail dari Khidmat Pergigian TDDB mendapat tempat kedua dalam kategori Kelas F (70.1kg hingga 75kg), dan Soldadu Ak Md Nabil Mirza bin Pg Md Fazillah dari Batalion Ketiga TDDB mendapat tempat ketiga dalam Kelas C (55.1kg hingga 60kg).
Kejohanan ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, menggalakkan penyertaan berdaya saing di kalangan warga ABDB, dan sebagai platform pencarian bakat untuk mengenal pasti peserta yang akan mewakili ABDB dalam pertandingan peringkat tinggi, disamping mengekalkan tradisi seni mempertahankan diri Pencak Silat.