KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Friday, 12th June 2026 – Major Dr Siti Nur'raheemah binti PDM Hj Musa and Captain Dr Naqibah binti Dato Paduka Ahmad Bukhari of the Medical Services Royal Brunei Land Forces (RBLF) participated in the 4th Indo-Pacific Health Alliance for Security (IPhas) Summit from 7th to 8th June 2026, followed by the 4th Global Health Security Conference from 9th to 12th June 2026 in Kuala Lumpur, Malaysia.
The 4th IPhas Summit, jointly organised by the United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) and the Australian Defence Force (ADF), convened representatives from military and civilian sectors across the Indo-Pacific region to strengthen health security partnerships and advance civil-military cooperation. The summit served as a strategic platform for participants to exchange perspectives, identify shared priorities, enhance interoperability through collaborative exercises, and promote coordinated planning and information sharing. These engagements contributed towards strengthening regional preparedness, resilience, and collective responses to emerging health security challenges.
Meanwhile, the 4th Global Health Security Conference, organised by the Global Health Security Network (GHSN), served as an international forum bringing together healthcare practitioners, policymakers, researchers, and subject-matter experts to discuss contemporary issues in global health security. The conference featured a comprehensive programme of plenary sessions, panel discussions, and workshops focusing on pandemic preparedness, biosecurity, and innovative policy approaches. Participants reviewed current research findings, exchanged best practices, and explored multidisciplinary solutions aimed at strengthening global capacities to prevent, detect, and respond to public health threats.
The participation of Medical Services RBLF in both events reflects the RBLF's continued commitment towards fostering regional and international cooperation in health security, enhancing civil-military collaboration, and strengthening institutional knowledge and capabilities in addressing complex and evolving health challenges.



INDO-PACIFIC HEALTH ALLIANCE FOR SECURITY SUMMIT KE-4 DAN PERSIDANGAN GLOBAL HEALTH SECURITY KE-4
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Jumaat, 12 Jun 2026 – Mejar Dr Siti Nur'raheemah binti PDM Hj Musa dan Kapten Dr Naqibah binti Dato Paduka Ahmad Bukhari dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri Indo-Pacific Health Alliance for Security (IPhas) Summit Ke-4 yang berlangsung pada 7 hingga 8 Jun 2026, diikuti dengan Persidangan Global Health Security Ke-4 yang diadakan dari 9 hingga 12 Jun 2026 di Kuala Lumpur, Malaysia.
IPhas Summit Ke-4, yang dianjurkan bersama oleh United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) dan Australian Defence Force (ADF), telah menghimpunkan wakil-wakil daripada sektor tentera dan awam di rantau Indo-Pasifik bagi memperkukuhkan perkongsian keselamatan kesihatan serta memajukan kerjasama tentera dan awam. Sidang kemuncak tersebut menjadi platform strategik bagi para peserta untuk berkongsi pandangan, mengenal pasti keutamaan bersama, meningkatkan interoperabiliti melalui latihan kolaboratif, serta menggalakkan perancangan dan perkongsian maklumat yang lebih bersepadu. Usaha-usaha tersebut menyumbang ke arah memperkukuhkan kesiapsiagaan, daya tahan dan keupayaan tindak balas kolektif serantau dalam menghadapi cabaran keselamatan kesihatan yang semakin kompleks.
Persidangan Global Health Security Ke-4 yang dianjurkan oleh Global Health Security Network (GHSN) berperanan sebagai forum antarabangsa yang menghimpunkan pengamal kesihatan, penggubal dasar, penyelidik dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan untuk membincangkan isu-isu semasa keselamatan kesihatan global. Persidangan tersebut menampilkan pelbagai sesi plenari, perbincangan panel dan bengkel yang memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan pandemik, biosekuriti serta pendekatan dasar yang inovatif. Para peserta berpeluang meneliti hasil penyelidikan terkini, berkongsi amalan terbaik dan meneroka penyelesaian multidisiplin yang bertujuan untuk memperkukuhkan keupayaan global dalam mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap ancaman kesihatan awam.
Penyertaan Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dalam kedua-dua acara tersebut mencerminkan komitmen berterusan TDDB dalam memperkukuhkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang keselamatan kesihatan, meningkatkan kerjasama tentera dan awam, serta mempertingkatkan pengetahuan dan keupayaan institusi dalam menangani cabaran kesihatan yang kompleks dan sentiasa berkembang.