PENANJONG GARRISON, Wednesday, 11th March 2026 – The closing ceremony for the Junior Officer Tactics Course (JOTC) was held at the Officers' Mess in Penanjong Garrison. The closing was officiated by Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Chief of Staff of the Royal Brunei Land Forces (RBLF). A total of 42 participants completed the eight-week course conducted from 5th January 2026 to 11th March 2026. The participants comprised officers from the Ministry of Defence (MINDEF), RBLF, Royal Brunei Navy (RBN), Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), and the Training Institute (TI) RBAF.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah Al-Anfal verses 57 to 63 led by Lieutenant Junior Grade Abdul Matin Baihaqi bin Mafshah from the RBN. This was followed by a course review by Major Nor Mohammad Saufi @ Nikmat bin Ahmad, Officer Commanding, Officers Development Wing, School of Infantry, RBLF. The event continued with the presentation of certificates to the participants, followed by closing remarks from the Chief of Staff. In his remarks, he congratulated all participants for completing the course and encouraged them to apply the knowledge and experience gained in carrying out their respective duties and responsibilities.
The course is aimed at strengthening the tactical foundation of junior officers by exposing them to planning and conducting operations, as well as enhancing their decision-making and leadership skills in operational settings.








KURSUS JUNIOR OFFICER TACTICS BERAKHIR
PENANJONG GARISON, Rabu, 11 Mac 2026 – Majlis Penutup bagi Junior Officer Tactics Course telah diadakan di Mes Pegawai Penanjong Garison. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Seramai 42 peserta telah menamatkan kursus selama lapan minggu yang berlangsung dari 5 Januari 2026 hingga 11 Mac 2026. Peserta kursus terdiri daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), TDDB, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) serta Institut Latihan (IL) ABDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Anfal ayat 57 hingga 63 yang dipimpin oleh Leftenan Dya Abdul Matin Baihaqi bin Mafshah dari TLDB, sebelum diteruskan dengan ulasan kursus yang disampaikan oleh Mejar Nor Mohammad Saufi @ Nikmat bin Ahmad, Pegawai Memerintah Cawangan Perkembangan Pegawai, Sekolah Infantri TDDB. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta diikuti dengan ucapan penutup oleh Ketua Staf TDDB. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta atas kejayaan menamatkan kursus tersebut serta menggalakkan mereka untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Kursus ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan asas taktikal pegawai-pegawai muda dengan memberi pendedahan kepada aspek perancangan dan pelaksanaan operasi, di samping meningkatkan keupayaan membuat keputusan serta kepimpinan dalam persekitaran operasi.