Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF HQ OFFICERS SAHUR GATHERING

ANGGEREK DESA, Saturday, 7th March 2026  In observance of the holy month of Ramadhan, the Royal Brunei Land Forces (RBLF) Headquarters hosted its annual Sahur gathering at a hotel in Anggerek Desa, reaffirming its commitment to honouring traditions and fostering meaningful engagement among its personnel. In attendance were Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF and his spouse, as well as the RBLF Board of Executive members, Senior Officers, officers, and their respective spouses and family members.

The event commenced with a group photo session followed by the recitation of Doa led by Captain Mohammad Thaqif @ Mohammad Najib bin Roslan. The event then proceeded with a Sahur session before concluding with a voucher presentation to all officers and a brief speech by the RBLF Commander. This event is an annual activity held during the month of Ramadan to further strengthen the bonds among officers and their families.

SESI SAHUR PEGAWAI-PEGAWAI MARKAS TDDB

ANGGEREK DESA, Sabtu, 7 Mac 2026 – Sempena menyambut bulan Ramadhan, Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Sahur tahunannya di sebuah hotel di Anggerek Desa, dalam menzahirkan komitmen dan sebagai tradisi dalam mengukuhkan hubungan silaturahim di kalangan anggotanya. Hadir sama ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB dan Isteri, Ahli-ahli Badan Eksekutif TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai serta pasangan dan ahli keluarga masing-masing.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan Doa yang dipimpin oleh Kapten Mohammad Thaqif @ Mohammad Najib bin Roslan. Acara kemudiannya diikuti dengan sesi Sahur sebelum diakhiri dengan penyerahan baucar kepada semua pegawai-pegawai dan penyampaian ucapan ringkas oleh Pemerintah TDDB. Acara ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan pada bulan Ramadhan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama pegawai-pegawai dan keluarga.