Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

CSS RBLF HELD AN IFTAR EVENT

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 11th March 2026 – The Combat Service Support Royal Brunei Land Forces (CSS RBLF) organised an Iftar event with the former Commanders of the Royal Brunei Service Support, Commandants of Support Service Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Commandants of CSS RBLF, Head Project Manager of the Royal Brunei Service Support, Commanding Officers of Logistics Depot and Land Engineering, as well as Regiment Sergeant Major of the Royal Brunei Service Support, Support Service RBAF and CSS RBLF, held at the Officers' Mess, Berakas Garrison.

Among present were Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Md Jaafar bin Haji Abdul Aziz, Yang Dimuliakan Pehin Datu Inderasugara Brigadier General (Retired) Dato Paduka Awang Haji Mohammad Yusof bin Abu Bakar, Colonel (Retired) Haji Sabli bin Haji Osman,and Lieutenant Colonel (Retired) Hajah Hasimah binti Haji Abu Bakar. The event was hosted by Lieutenant Colonel Azhar bin Haji Matzan, Commandant of CSS RBLF.

The event began with a group photo session followed by the recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Kesyukuran. The event then continued with Fardhu Maghrib prayer and the presentation of mementoes by the Commandant of CSS RBLF to the invited guests. The gathering was organised as part of the annual Ramadhan activities of CSS RBLF to maintain close relations and to appreciate the services and contributions rendered by the former senior leaders.

KBK TDDB MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA

BERAKAS GARISON, Rabu, 11 Mac 2026 – Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama mantan-mantan Pemerintah Angkatan Tentera Perkhidmatan Bantu Diraja Brunei, Komandan Perkhidmatan Bantu Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Komandan KBK TDDB, Ketua Pengurus Projek Angkatan Tentera Perkhidmatan Bantu Diraja Brunei, Pegawai Pemerintah Depoh Logistik dan Kejuruteraan Darat, serta Sarjan Mejar Rejimen Angkatan Tentera Perkhidmatan Bantu Diraja Brunei, Perkhidmatan Bantu ABDB dan dan KBK TDDB, bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Antara yang hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Md Jaafar bin Haji Abdul Aziz, Yang Dimuliakan Pehin Datu Inderasugara Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Paduka Awang Haji Mohammad Yusof bin Abu Bakar, Kolonel (Bersara) Haji Sabli bin Haji Osman, dan Leftenan Kolonel (Bersara) Hajah Hasimah binti Haji Abu Bakar. Majlis telah dihoskan oleh Leftenan Kolonel Azhar bin Haji Matzan, Komandan KBK TDDB.

Acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil serta Doa Kesyukuran. Majlis seterusnya diteruskan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan penyampaian cenderahati oleh Komandan KBK TDDB kepada para jemputan. Majlis ini merupakan antara aktiviti tahunan KBK TDDB sempena bulan Ramadhan yang bertujuan untuk mengekalkan silaturrahim dan menghargai jasa serta sumbangan yang telah dicurahkan oleh mantan-mantan pemimpin.