Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

DONATIONS AND IFTAR FOR CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS

BERAKAS GARRISON, Sunday, 8th March 2026  The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Donation Presentation Ceremony and Iftar for children of RBAF personnel with special needs in conjunction with the holy month of Ramadan 1447 Hijrah. The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a similar occasion concurrently, with the main event taking place at the Officers' Mess Berakas Garrison, attended by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF, and spouse.

The event commenced with the recitation of Sayidul Istighfar, Surah Al-Fatihah and Selawat Syifa followed by the presentation of donations, iftar session and concluded with a closing Doa. The event is part of the RBAF communal activities conducted annually, which aim to create a supportive and caring environment, reflecting the RBAF's commitment in providing aid to children with special needs towards contributing to the overall welfare of RBAF personnel.

MAJLIS SUMBANGAN DERMA DAN BERBUKA PUASA BAGI ANAK-ANAK KELAINAN UPAYA

BERAKAS GARISON, Ahad, 08 Mac 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Derma dan Berbuka Puasa bagi anak-anak warga ABDB berkeperluan khas sempena bulan Ramadan 1447 Hijrah. Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) turut mengadakan majlis yang sama secara serentak, dengan acara utama berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison, dan dihadiri oleh Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Sayidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Selawat Syifa, diikuti dengan penyampaian sumbangan derma dan sesi berbuka puasa, dan diakhiri dengan Doa penutup. Acara ini adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan ABDB yang diadakan pada setiap tahun, sebagai tanda pemedulian dan komitmen dalam menghulurkan bantuan kepada anak-anak yang berkelainan upaya ke arah menyumbang kepada kebajikan warga ABDB.