Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF HOLDS SERIES OF ZUHOR RELIGIOUS LECTURES

BERAKAS GARRISON, Thursday, 5th March 2026  In commemorating the holy month of Ramadhan 1447 Hijrah, the Royal Brunei Land Forces (RBLF) in collaboration with the Religious Directorate of Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT), have conducted a series of Zuhor Religious lectures in suraus within RBLF camps.

Attended by officers and personnel of RBLF, the programme commenced with a mass Fardhu Zuhor prayer followed by the lecture delivered by speakers from JAMA'AT with a title 'Amalan Sunnah Sebagai Pelengkap Kesempurnaan Puasa'. Meanwhile, RBLF female officers and personnel also held a similar Zuhor Religious lecture at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison on a separate occasion.

The Zuhor Religious lectures were part of the Ihya Ramadhan Program conducted throughout the holy month of Ramadhan, and featured religious and community outreach activities including Sunat Tarawih and Witir prayers, Tadarus Al-Quran, as well as cleaning campaigns at mosques and Muslim cemeteries.

TDDB ADAKAN SIRI KULIAH ZUHOR

BERAKAS GARISON, Khamis, 5 Mac 2026– Sempena menyambut bulan Ramadan 1447H yang penuh keberkatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kerjasama Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT ABDB) telah mengadakan siri Kuliah Zuhor bertempat di beberapa surau perkhemahan TDDB.

Hadir bagi Kuliah Zuhor tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota TDDB. Program dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah diikuti dengan kuliah yang telah disampaikan oleh penceramah dari JAMA'AT ABDB bertajuk 'Amalan Sunnah Sebagai Pelengkap Kesempurnaan Puasa'. Sementara itu, pegawai-pegawai dan anggota wanita TDDB turut mengadakan Kuliah Zuhor yang sama di Dewan Pahlawan, Berakas Garison pada acara berasingan.

Kuliah Zuhor tersebut adalah sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan yang dianjurkan sempena bulan suci Ramadhan yang diserikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti keugamaan dan kemasyarakatan termasuk menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir, Tadarus Al-Quran, kempen kebersihan masjid-masjid dan tanah-tanah perkuburan Islam.