Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF HOLDS SECOND KHATAM AL-QURAN CEREMONY

BERAKAS GARRISON, Friday, 6th March 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) organised its second Khatam Al-Quran ceremony in conjunction with the holy month of Ramadhan 1447 Hijrah. The ceremony was held simultaneously at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main event at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. Present were Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander RBLF and senior officers, officers and RBLF personnel.

The ceremony began with the recital of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah followed by the recitation of Al-Quran verses from the Khatam Al-Quran participants. Takhtim and Doa Khatam were then led by Imam Haji Mohd Anndy bin Saile, the Imam of Surau Al-Fa'izun, and concluded with Dikir Marhaban and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

The annual Al-Quran recitation activity during Ramadhan serves a pivotal purpose in fostering a profound and enduring bond amongst RBLF personnel and to glorify the sanctity of Al-Quran and promote its teaching and practice.

TDDB ADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN KEDUA

BERAKAS GARISON, Jumaat, 6 Mac 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran kedua sempena bulan Ramadhan 1447 Hijrah. Majlis tersebut telah diadakan secara serentak di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan acara utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Hadir ke majlis tersebut ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB, dan disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran daripada peserta Khatam Al-Quran. Takhtim dan Doa Khatam kemudiannya dipimpin oleh Imam Haji Mohd Anndy bin Saile, Imam Surau Al-Fa'izun dan diakhiri dengan Dikir Marhaban dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Aktiviti tahunan membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan dikalangan anggota TDDB dan seterusnya memuliakan kesucian Al-Quran serta menggalakkan ajaran serta amalannya.